window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tempahan Suzuki V-Storm 800DE (2023) dah dibuka, pelancaran Julai ini?

Khairil · May 19, 2023 12:00 PM

Tempahan Suzuki V-Storm 800DE (2023) dah dibuka, pelancaran Julai ini? 01

Keterujaan peminat motosikal bergenre 'Adventure touring' seluruh dunia melonjak apabila Suzuki memperkenalkan penawaran terbaharunya, Suzuki V-Strom 800DE (2023) tahun lalu dan kehangatan itu turut dirasai di Malaysia apabila pihak media, termasuk Wapcar menyatakan ia sah memasuki pasaran tempatan.

Apa yang menarik, sekalipun Suzuki V-Strom 800DE (2023) membuat debut di Pameran Motosikal Milan (EICMA) tahun lalu, debutnya di Malaysia tidak perlu menunggu masa yang lama.

Juga baca: Suzuki lancar V-Strom 800DE/Adventure (2023) di Milan, enjin 'Parallel-twin', 84 Hp, 78 Nm!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tempahan Suzuki V-Storm 800DE (2023) dah dibuka, pelancaran Julai ini? 01

Malah menerusi laporan kami sebelum ini yang memetik kata-kata 'orang kuat' Suzuki Malaysia, kehadirannya motosikal itu adalah pada tahun ini dan seawal bulan depan.

Tempahan Suzuki V-Storm 800DE (2023) dah dibuka, pelancaran Julai ini? 02

Dan seperti tidak mahu kehangatan itu mengendur, ada pengedar sah Suzuki Malaysia ketika ini bukan saja mengiklankan, malah membuka tempahan untuk motosikal berkenaan.

Tempahan Suzuki V-Storm 800DE (2023) dah dibuka, pelancaran Julai ini? 03

Sekalipun tiada perincian mengenai harga rasmi atau tarikh pelancaran dinyatakan namun ia memang satu perkembangan yang menjadi perhatian.

Tempahan Suzuki V-Storm 800DE (2023) dah dibuka, pelancaran Julai ini? 04

Mengulas ringkas spesifikasi Suzuki V-Strom 800DE, ia dipadankan dengan enjin serba baharu Suzuki bersesaran 776 cc, 2 Silinder Parallel-Twin 270-darjah crank, 8 Injap, 4 Lejang, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api, DOHC yang digandingkan dengan transmisi 6 kelajuan klac manual lengkap dengan sistem Suzuki Clutch Assist.

Juga baca: Suzuki V-Strom 800DE, GSX-8S sah masuk pasaran Malaysia tahun ini, paling awal Jun 2023!

Tempahan Suzuki V-Storm 800DE (2023) dah dibuka, pelancaran Julai ini? 05

Sekalipun menggunakan enjin konfigurasi Parallel-Twin, tetapi menerusi penggunaan ‘270-degree crank’, Suzuki mendakwa ia mampu mengoptimakan tork yang amat diperlukan jentera dalam segmen lasak dengan penggunaan sistem 'Cross Balancer' dapat mengurangkan getaran untuk tunggangan lebih selesa di lebuh raya.

Kuasa yang dihasilkan adalah 84 Hp dan tork 78 Nm.

Tempahan Suzuki V-Storm 800DE (2023) dah dibuka, pelancaran Julai ini? 06

Seperti motosikal moden lain, Suzuki V-Strom 800 DE (2023) yang menggunakan kerangka 'Steel backbone' ini tampil dengan sistem 'ride by wire' dan dipadankan dengan pakej elektronik yang serba lengkap Suzuki Intelligent Ride System (SIRS).

Tempahan Suzuki V-Storm 800DE (2023) dah dibuka, pelancaran Julai ini? 07

Tiga mod tunggangan tersedia iaitu Active, Basic dan Comfort yang mempunyai pemetaan tersendiri. Sistem bantuan tunggangan elektronik termasuklah Suzuki Traction Control System (STCS) yang memiliki 4 tetapan termasuk mod G (Gravel) dan boleh dinyahaktifkan.

Selain Suzuki V-Strom 800DE, Suzuki Malaysia turut dijadualkan membawa masuk satu lagi penawaran terbaharunya, Suzuki GSX-8S ke pasaran tempatan. Tetapi ia berkemungkinan tidak dilancarkan serentak.

Tempahan Suzuki V-Storm 800DE (2023) dah dibuka, pelancaran Julai ini? 08

Dan jika ia tidak tiba pada Jun ini, Suzuki V-Strom 800 DE (2023) berkemungkinan dilancarkan serentak bersama beberapa pasaran Asia lain yang dijangka pada Julai.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda