window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tempahan Toyota Vios generasi 2023 untuk Malaysia dibuka - dari RM 90k, 1.5 E & G, DNGA, D-CVT

Faisal Β· Feb 24, 2023 03:13 PM

Tempahan Toyota Vios generasi 2023 untuk Malaysia dibuka - dari RM 90k, 1.5 E & G, DNGA, D-CVT 01

Sebentar tadi, pengedar UMW Toyota (UMWT) telah berkongsi harga anggaran buat Toyota Vios 2023 generasi AC100 yang mana ia bermula dari RM 90,000 untuk varian 1.5 E dan RM 96,000 untuk 1.5 G (harga di atas jalan, tanpa insurans, CKD Bukit Raja). Tempahan juga sudah boleh dibuat.

Tempahan Toyota Vios generasi 2023 untuk Malaysia dibuka - dari RM 90k, 1.5 E & G, DNGA, D-CVT 02

Dari segi pilihan, Vios kali ini bakal hadir dengan warna Spicy Scarlet, Nebula Blue, Platinum White Pearl, Silver Metallic dan Attitude Black Mica.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tempahan Toyota Vios generasi 2023 untuk Malaysia dibuka - dari RM 90k, 1.5 E & G, DNGA, D-CVT 01

Model di pasaran Thailand.

Untuk aspek keselamatan pula, spesifikasi mengikut varian masih belum UMW Toyota dedahkan tetapi secara amnya, akan ada ciri ADAS seperti:

  • Lane Departure Prevention
  • Lane Departure Warning
  • Front Departure Alert
  • Pre-Collision System
  • Lane Keeping Control
  • Adaptive Cruise Control
  • Auto High Beam
  • Blind Spot Monitor
  • Rear Cross Traffic Alert

Tempahan Toyota Vios generasi 2023 untuk Malaysia dibuka - dari RM 90k, 1.5 E & G, DNGA, D-CVT 02

Tempahan Toyota Vios generasi 2023 untuk Malaysia dibuka - dari RM 90k, 1.5 E & G, DNGA, D-CVT 03

Selain itu, kelengkapan baru yang bakal didatangkan termasuklah brek parkir elektrik, kamera 360-darjah 3D yang lebih berkualiti dan penyaman udara belakang.

Tempahan Toyota Vios generasi 2023 untuk Malaysia dibuka - dari RM 90k, 1.5 E & G, DNGA, D-CVT 04

Model di pasaran Indonesia.

Untuk makluman anda, Vios yang dibangunkan berasaskan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA) ini membuat debut di Thailand (sebagai Yaris Ativ) dan telah beransur ke pasaran Indonesia dan Arab Saudi.

Juga bacaToyota Vios 2023 di Indonesia diimport (CBU) dari Thailand tapi tak guna enjin 1.2L. Kenapa?

Tempahan Toyota Vios generasi 2023 untuk Malaysia dibuka - dari RM 90k, 1.5 E & G, DNGA, D-CVT 05

Model di pasaran Thailand.

Dari segi trenkuasa, Vios AC100 untuk pasaran Malaysia mengekalkan enjin 1.5L 2NR-VE (107 PS, 140 Nm) tetapi untuk kali ini, ia diperbaharui dengan transmisi D-CVT.

Juga bacaSah! Toyota Vios D92A Hybrid akan ditawarkan di ASEAN tetapi Malaysia mungkin terima lewat?

Tempahan Toyota Vios generasi 2023 untuk Malaysia dibuka - dari RM 90k, 1.5 E & G, DNGA, D-CVT 06

Model di pasaran Thailand.

Untuk makluman lanjut, anda boleh layari laman rasmi Toyota Malaysia di sini.

Juga bacaToyota Vios 2023 serba baru (D92A) dilancarkan di Arab Saudi, pakai enjin 1.3L dari Myvi!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Vios 1.5E AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda