window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tempoh menunggu 1 tahun, Jepun menangguhkan tempahan untuk Toyota Corolla Cross Hybrid!

Zamil Syaheer · May 31, 2022 09:00 AM

Tempoh menunggu 1 tahun, Jepun menangguhkan tempahan untuk Toyota Corolla Cross Hybrid! 01

Tempoh menunggu untuk Toyota Corolla Cross Hybrid di Jepun kini telah menjangkau satu tahun lepas. Akibat tidak dapat menampung permintaan, dengnan keadaan yang diburukkan lagi oleh kekurangan alat ganti semikonduktor yang berterusan, pengedar Toyota di Jepun telah berhenti menerima sebarang tempahan lagi untuk Corolla Hybrid buat sementara waktu.

Tidak jelas bila penggantungan itu akan ditarik balik, tetapi pembeli Jepun yang mencari Corolla Cross kini diarahkan kepada varian enjin enjin pembakaran dalaman dengan yang tempoh menunggu 6 bulan yang lebih pendek.

Tempoh menunggu 1 tahun, Jepun menangguhkan tempahan untuk Toyota Corolla Cross Hybrid! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Toyota Corolla Cross yang dijual di Jepun serupa dengan yang dijual di Malaysia dari segi mekanikal. Ia dikuasakan oleh enjin 1.8 liter hibrid (atau petrol biasa) yang sama, dipasangkan dengan transmisi automatik jenis CVT, tetapi dengan reka bentuk bahagian hadapan yang sedikit berbeza dengan tambahan ciri-ciri.

Baca juga: Toyota Corolla Cross eksklusif Jepun - hibrid boleh jadi 'powerbank', bukan sekadar hibrid biasa!

Tempoh menunggu 1 tahun, Jepun menangguhkan tempahan untuk Toyota Corolla Cross Hybrid! 01

Toyota Corolla Cross di negara matahari terbit juga mendapat manfaat dengan brek letak kereta elektrik, manakala model di Malaysia hanya dillengkapi  dengan brek letak kereta di bahagian kaki.

Pillihan pacuan empat roda juga menjadi teras utama pada varian hibrid yang dijual di Jepun. Model yang dilengkapi sedemikian akan mendapat suspensi belakang yang berbeza, menukar penggunaan torsion beam yang standard kepada double-wishbone.

Tempoh menunggu 1 tahun, Jepun menangguhkan tempahan untuk Toyota Corolla Cross Hybrid! 02

Selain daripada itu, varian hibrid untuk pasaran Jepun dilengkapi dengan dua soket kuasa AC 100V. Ia boleh menyalurkan kuasa sehingga 1500 W, cukup untuk menghidupkan peralatan elektrik rumah sekiranya berlaku gangguan bekalan elektrik.

Tempoh menunggu 1 tahun, Jepun menangguhkan tempahan untuk Toyota Corolla Cross Hybrid! 03

Di tanah air tercinta pula, tempoh menunggu untuk Corolla Cross Hibrid pemasangan tempatan (Bukit Raja, Klang) di Malaysia adalah sekitar 4 bulan.

Tempah satu hari ini dan ada kemungkinan untuk mendapatkan kereta anda pada bulan September. Ini yang juga bermakna harga dikecualikan SST yang diumumkan sebelum ini tidak lagi relevan. Tempoh menunggu untuk varian 1.8G dan 1.8V biasa akan menjadi lebih pendek sedikit.

Baca juga: Respon rakyat Malaysia dengan Toyota Corolla Cross Hybrid amat baik, menyumbang lebih 40% kepada jualan!

Tempoh menunggu 1 tahun, Jepun menangguhkan tempahan untuk Toyota Corolla Cross Hybrid! 04

Dengan mengandaikan pengecualian SST tidak dilanjutkan, harga baharu termasuk SST untuk Toyota Corolla Cross adalah seperti berikut:

Toyota Corolla Cross, harga pasca-SST
  Tanpa SST (RM) Dengan SST (RM)
1.8G 123,000 127,593
1.8V 129,000 133,719
1.8 Hybrid 136,550 139,281

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Corolla Cross GR Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda