window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tempoh menunggu Lexus NX 2022 di Jepun cecah 10 bulan, pembeli di Malaysia pula dapat 'ekspres'

Faisal · Jul 4, 2022 11:00 AM

Tempoh menunggu Lexus NX 2022 di Jepun cecah 10 bulan, pembeli di Malaysia pula dapat 'ekspres' 01

Lexus, antara jenama yang lebih diminati di Amerika berbanding di Jepun sendiri. Bagi anda yang belum tahu, jenama mewah ini dilancarkan di Amerika pada tahun 1989 tetapi di Jepun, stor Lexus yang pertama sebenarnya hanya ada bermula tahun 2003.

Tempoh menunggu Lexus NX 2022 di Jepun cecah 10 bulan, pembeli di Malaysia pula dapat 'ekspres' 02

Maju ke Mei 2022, Lexus di Jepun telahpun mendahului BMW dengan jualan kumulatif sebanyak 17,812 unit, berbanding 11,067 unit. Namun begitu, ia masih di belakang Mercedes-benz (jualan 20,048 unit).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tempoh menunggu Lexus NX 2022 di Jepun cecah 10 bulan, pembeli di Malaysia pula dapat 'ekspres' 01

Malangnya, isu bekalan yang masih melanda dan kenaikan kes Covid-19 menyebabkan Lexus di Jepun sukar untuk mengoperasikan kilang seperti yang dirancang.

Tempoh menunggu Lexus NX 2022 di Jepun cecah 10 bulan, pembeli di Malaysia pula dapat 'ekspres' 02

Untuk Jun 2022 sahaja, produksi Lexus NX di kilang Tahara dihentikan sehingga 9 hari (bukan berturut-turut, dan ini sebenarnya lebih teruk kerana operasi kilang tidak semudah suis buka tutup).

Tempoh menunggu Lexus NX 2022 di Jepun cecah 10 bulan, pembeli di Malaysia pula dapat 'ekspres' 03

Apapun, pembeli di Jepun sudah diberitahu bahawa tempoh menunggu untuk Lexus NX adalah lebih 10 bulan. Malah untuk selamat, ada sesetengah pengedar turut berkata bahawa tarikh penyerahan hak milik hanya dapat dibuat pada awal 2024.

Nasib baiknya untuk kita, Lexus sebenarnya mengutamakan tempahan di pasaran luar negara dahulu. Tinjauan kami dengan Lexus Malaysia memberitahu bahawa tempoh menunggu buat SUV mewah ini hanya setakat 3 ke 4 bulan sahaja (normal untuk kereta baru sekarang).

Tempoh menunggu Lexus NX 2022 di Jepun cecah 10 bulan, pembeli di Malaysia pula dapat 'ekspres' 04

Antara sebab kenapa kita boleh dapat cepat adalah majoriti tempahan di Jepun adalah varian hibrid NX 350h dan hibrid plug-in NX 450h+. Kedua-dua varian ini sebenarnya tidak ditawarkan di Malaysia langsung.

Untuk makluman anda, situasi yang sama juga berlaku pada Toyota Corolla Cross Hybrid (tempoh menunggu sekurang-kurangnya 4 bulan). Secara teknikal, model hibrid perlu ditunggu lebih lama kerana lebih terkesan dengan isu bekalan cip yang terhad.

Tempoh menunggu Lexus NX 2022 di Jepun cecah 10 bulan, pembeli di Malaysia pula dapat 'ekspres' 05

Di Malaysia, Lexus NX 2022 ditawarkan dengan varian NX 250 Luxury (2.5L NA, RM 370,888) dan NX 350 F Sport (2.4L turbo, RM 389,888). Harga setelah tamatnya SST iaitu sekarang akan diumum tidak lama lagi.

Juga baca2022 Lexus NX serba baharu dilancarkan - enjin 2.4L Turbo jadi taruhan, dari RM 370k!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Lexus NX 350 F Sport

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda