window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tempoh tunggu Perodua Myvi facelift 2022 (AV) cecah 4 bulan, penghantaran cepat untuk 2022

Faisal · Dec 6, 2021 04:00 PM

Tempoh tunggu Perodua Myvi facelift 2022 (AV) cecah 4 bulan, penghantaran cepat untuk 2022 01

Menurut Presiden dan Ketua Pengarah Eksekutif Perodua, tempoh menunggu untuk Perodua Myvi varian AV (RM 58,800, harga atas jalan, tanpa insurans & SST) kini sudah mencecah 4 bulan.

Kiranya sesiapa yang tempah Perodua Myvi facelift 2022 pada hari ini mungkin tidak dapat tayang kereta baru mereka di sambutan perayaan Krismas ataupun Tahun Baru kelak.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Setakat 2 Disember yang lalu, tempahan Myvi facelift yang Perodua berjaya kutip telahpun mencecah 14,600 unit. 7,189 daripadanya pula adalah model sebelum facelift yang pembelinya tukar kepada model terkini.

Juga baca14,000 tempahan untuk Perodua Myvi 2022 dalam masa 2 minggu, separuh ‘convert’ dari pra-FL

Buat masa ini, Perodua sebenarnya sedang giat melangsaikan tempahan Myvi yang tertunggak buat pelanggan yang menempah dari Mei ke Julai yang lalu. Penghantaran buat pelanggan yang terlibat akan tetap dibuat sebelum tahun 2021 melabuhkan tirai.

Tempoh tunggu Perodua Myvi facelift 2022 (AV) cecah 4 bulan, penghantaran cepat untuk 2022 01

7,189 pelanggan yang menempah telah menaik taraf ke model facelift.

Produksi kilang Rawang buat masa sekarang juga sedang dimanfaatkan sepenuhnya bagi memenuhi permintaan yang tinggi. Apapun, bekalan semikonduktor tidak akan menjadi isu untuk bulan yang terakhir ini.

Tempoh tunggu Perodua Myvi facelift 2022 (AV) cecah 4 bulan, penghantaran cepat untuk 2022 02

Namun untuk jangka masa panjang, ini bukanlah jalan penyelesaian yang paling ideal. Oleh kerana itu, Perodua telah memendekkan 20% daripada kadar masa yang diambil untuk menyiapkan produk, iaitu dari 1.45 kepada 1.2. Ini bermakna tempoh menunggu buat pelanggan akan menjadi lebih pendek.

Untuk makluman anda, proses yang memakan paling banyak masa adalah pada fasa mengecat warna badan. Model yang berlainan pula ada prosedur mengecat yang tersendiri. Perodua kini sedang giat mempelajari cara untuk percepatkan proses ini tanpa menjejaskan kualiti.

Tempoh tunggu Perodua Myvi facelift 2022 (AV) cecah 4 bulan, penghantaran cepat untuk 2022 03

Kualiti cat Perodua adalah antara yang terbaik di Malaysia.

Apapun, Perodua akan keluarkan strategi baharu pada Januari 2022 dan mereka berhasrat untuk membuat penyerahan sebanyak yang mungkin sebelum pengecualian cukai jualan SST tamat pada Jun 2022.

Juga baca2022 Perodua Myvi facelift Baru vs Lama - apa yang berbeza?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Perodua Myvi 1.3 G with PSDA

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda