window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Terbukti boleh dipercayai, Amerika tempah 140 unit bas sekolah EV buatan Malaysia!

Faisal ยท Jan 7, 2022 02:00 PM

Terbukti boleh dipercayai, Amerika tempah 140 unit bas sekolah EV buatan Malaysia! 01

Bas sekolah EV buatan Malaysia yang bakal ke Amerika.

Tahun ini, pengeluar bas ternama di rantau Asia, Gemilang International Limited (GML) akan menyerahkan 140 unit bas sekolah elektrik (EV) ke California, Amerika Syarikat.

Untuk makluman anda, pembekalan bas EV GML ke Amerika sebenarnya bermula sejak tahun 2016 lagi.

Terbukti boleh dipercayai, Amerika tempah 140 unit bas sekolah EV buatan Malaysia! 02

Foto: Gemilang International Limited (GML).

Mengenai tempahan kali ini, 120 unit bas sekolah 12 meter dan 20 unit jenis 7.5 meter adalah satu pencapaian yang luar biasa buat GML kerana ia membabitkan kuantiti terbesar untuk satu pesanan bas EV yang pernah diterima oleh mereka. Menariknya, tempahan ini termaktub dalam peruntukan AS$2.5 bilion (~RM 10.5 bilion) yang dibuat oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden bagi pembelian bas sekolah EV untuk daerah-daerah di sana.

Bagi anda yang belum tahu, Amerika berancang untuk menukar kesemua 500,000 bas sekolah mereka kepada kenderaan bebas pelepasan (zero-emission).

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Terbukti boleh dipercayai, Amerika tempah 140 unit bas sekolah EV buatan Malaysia! 01

Bas di Singapura.

Berkenaan syarikat tempatan yang berpangkalan di Johor ini, mereka mempunyai 30 tahun pengalaman dalam mereka bentuk dan memasang bas.

Sejak 13 tahun yang lalu, GML telah membekalkan bas aluminium untuk Go KL, Rapid KL dan Rapid Pulau Pinang. Yang paling terbaru adalah bas pengantara MRT.

Terbukti boleh dipercayai, Amerika tempah 140 unit bas sekolah EV buatan Malaysia! 02

Sejak tahun 2015 pula, mereka telah membekalkan badan bas untuk pengeluar EV seperti BYD dan CRRC untuk ke beberapa pasaran termasuklah Malaysia, Singapura and Australia.

Bercakap mengenai ini, projek Transit Aliran Bas Iskandar Malaysia (IMBRT), bas bandar EV pertama Sarawak untuk Metro Kuching dan projek perintis bas EV untuk kerajaan Sabah bagi pengangkutan awam juga diterajui oleh GML.

Terbukti boleh dipercayai, Amerika tempah 140 unit bas sekolah EV buatan Malaysia! 03

Penggunaan bas elektrik GML untuk laluan Petaling Jaya.

Menurut Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif GML, pihak mereka sentiasa memberikan tumpuan untuk membina bas dan badan bas yang mesra alam. Kata beliau juga, “bas kami tahan lebih lama dan dianggap lebih selamat daripada bas berbadan keluli.”

Setakat ini, teknologi ringan dan bebas hakisan yang mereka bawakan dari Switzerland ini sudah terbukti oleh pelanggannya lebih dari 15 pasaran di serata dunia.

Sumber: Berita Harian

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda