Terengganu menyaksikan kesalahan ‘tinted gelap’ paling tinggi - JPJ

Haris · Aug 23, 2021 11:59 AM

Terengganu menyaksikan kesalahan ‘tinted gelap’ paling tinggi - JPJ 01

Kesalahan penggunaan cermin gelap atau lebih dikenali sebagai ‘tinted gelap’ menjadi kesalahan paling tinggi iaitu sebanyak 834 saman yang dikeluarkan oleh pihak JPJ Terengganu. Hal ini berikutan daripada operasi-operasi JPJ Terengganu yang dilakukan pada bulan Julai 2021.

Pengarah JPJ Terengganu, Zulkarnain Yasin berkata, selain daripada penggunaan cermin gelap, terdapat 6 lagi kesalahan teknikal lain yang ‘popular’ di Terengganu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Middle_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926945518-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926945518-0'); });

Terengganu menyaksikan kesalahan ‘tinted gelap’ paling tinggi - JPJ 01

Foto ketika operasi cermin gelap tahun 2019

Antaranya adalah tiada lesen kompeten CDL (320 kes), membawa muatan berbahaya (207 kes), nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi ditetapkan (187 kes), kesalahan mengubah suai kenderaan (164 kes) dan tiada lesen GDL (15 kes).

"Bagi tempoh itu juga, sebanyak 27,561 kenderaan diperiksa melibatkan 3,633 buah motosikal, 16,470 buah kereta, 2,078 buah bagi lain-lain kenderaan persendirian, 611 membabitkan bas serta masing-masing 10,565 kenderaan barangan dan 204 untuk kenderaan lain-kain," katanya.

Baca: Hias kereta dengan Jalur Gemilang jangan sampai membahayakan - JPJ

Terengganu menyaksikan kesalahan ‘tinted gelap’ paling tinggi - JPJ 02

Foto ketika operasi cermin gelap tahun 2019

Berikutan daripada tawaran pengurangan saman sebanyak 70%, Zulkarnain berkata bahawa terdapat peningkatan transaksi berganda dilaporkan apabila pihak JPJ Terengganu menyaksikan sebanyak 115 urusniaga melibatkan bayaran kompaun dalam masa 4 hari sahaja.

"Jumlah urusniaga ini menunjukkan peningkatan berganda jika dibandingkan tempoh 17 hari bermula 1 Ogos lalu sebelum penawaran kompaun yang hanya merekodkan 308 urusniaga," ujar beliau lagi.

Kempen pengurangan saman ini diadakan sempena Bulan Kemerdekaan dan bakal tamat pada 16 September 2021 yang juga merupakan Hari Malaysia.

Baca: Promo diskaun saman JPJ sehingga 70% sempena Bulan Kemerdekaan 2021

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/MY_Article_Bottom_leaderboard_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1670926977082-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1670926977082-0'); });

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City 1.5V Sensing

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru