window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tergerak nak bantu kaum lain, aktivis India sumbang Vellfire untuk jadi van jenazah NGO Islam

Mersita ยท Jun 24, 2022 11:59 AM

Tergerak nak bantu kaum lain, aktivis India sumbang Vellfire untuk jadi van jenazah NGO Islam 01

Beramal baik tidak mengira warna kulit atau bangsa. Inilah yang dibuktikan oleh seorang aktivis berbangsa India yang menyumbang kereta mewah peribadinya, sebuah Toyota Vellfire, untuk digunakan sebagai van jenazah bagi sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Islam.

Memetik laporan FMT, R. Jeyendran yang aktif membantu menguruskan abu mayat orang India secara percuma sejak beberapa tahun lalu mula tergerak hati untuk membantu pengurusan jenazah kaum lain pula selepas tersentuh melihat kesungguhan NGO Sentuhan Setia Kasih (SSK) yang juga terlibat dalam pengurusan jenazah namun bagi orang Islam secara percuma.

Tergerak nak bantu kaum lain, aktivis India sumbang Vellfire untuk jadi van jenazah NGO Islam 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kata ahli korporat itu, walaupun pasukan SSK mempunyai dana yang amat terhad, mereka gigih dalam misi bantuan dengan menawarkan khidmat pengurusan jenazah secara percuma kepada keluarga yang memerlukan; membuatkannya kagum dan tergerak hati untuk turut membantu.

Oleh itu, MPV berkenaan yang dianggap mewah di Malaysia disumbangkan olehnya kepada SSK supaya pasukan itu berasa lebih selesa jika perlu menempuh perjalanan jauh.

Juga baca: “Dah habis bayar, nak jual sayang,” – Khiriah, suami jadikan Hyundai Starex van jenazah

Nirvana ada Estima, tiba masanya masjid ‘upgrade’ – Ini sebab Kia Carnival dipilih sebagai van jenazah

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda