window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tergugat sebab Toyota Yaris laku keras, Honda Jazz kat Jepun kena tukar gril baru!

Zamil Syaheer Ā· Dec 16, 2020 10:00 AM

Tergugat sebab Toyota Yaris laku keras, Honda Jazz kat Jepun kena tukar gril baru! 01

Satu ketika dahulu, Honda Jazz pernah menjadi kereta No.1 di Jepun, kini ia sudah jatuh dibawah carta jualan bulanan. Bahkan juga, ia pernah terkeluar dari senarai Top-5 pada bulan tertentu. Kini carta jualan bulanan itu di dominasi oleh Toyota.

Tergugat sebab Toyota Yaris laku keras, Honda Jazz kat Jepun kena tukar gril baru! 02

Toyota Yaris baru dengan platform TNGA (tidak dijual luar Australia, Eropah, Jepun) kini ialah kereta No.1 di Jepun, diikuti dengan Toyota Raize (kembar Daihatsu Rocky, bakal menjadi Perodua D55L), Corolla, dan juga Harrier. Lebih mengejutkan lagi, Toyota Alphard lebih laku berbanding Honda Jazz pada bulan tertentu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tergugat sebab Toyota Yaris laku keras, Honda Jazz kat Jepun kena tukar gril baru! 01

Ini menyebabkan Honda Motor terkejut beruk dan panik kerana selalunya Honda Jazz akan laku keras berbanding Toyota Vitz (sebelum ianya dikenali sebagai Yaris).

Tergugat sebab Toyota Yaris laku keras, Honda Jazz kat Jepun kena tukar gril baru! 02

Untuk model berasaskan platform TNGA serba baru ini, Toyota telah membuang nama Vitz (digunakan sekitar dua dekad) untuk nama Yaris yang lebih sesuai dengan pasaran antarabangsa.

Tergugat sebab Toyota Yaris laku keras, Honda Jazz kat Jepun kena tukar gril baru! 03

Toyota Yaris serba baru dilancarkan pada Februari 2020, sama bulan yang dengan Honda Jazz. Sejak itu, Yaris maju kehadapan dengan mencatatkan jumlah jualan yang kencang.

Setakat Oktober 2020, jumlah jualan kumulatif Toyota Yaris adalah 162,776 unit, berbanding 82,588 untuk Honda Jazz.

Tergugat sebab Toyota Yaris laku keras, Honda Jazz kat Jepun kena tukar gril baru! 04

Mengikut majalah Jepun Mag-X, Honda sedang bertungkus lumus untuk mengeluarkan kemas kini bagi Honda Jazz. Mengikut kaji selidik pasaran, reka bentuk depan tanpa gril tidak memenangi sebilangan hati peminat seperti yang diharapkan oleh Honda.

Tergugat sebab Toyota Yaris laku keras, Honda Jazz kat Jepun kena tukar gril baru! 05

Hanya Fit Crosstar dapat gril depan.

Di Jepun, Honda menawarkan 5 varian untuk Jazz (Fit) – Fit Home, Fit Crosstar, Fit Luxe, Fit Ness, dan Fit Basic. Antara lima varian ini, hanya Fit Crosstar dilengkapi dengan gril. Selebihnya mendapat panel ‘floating effect’ mengikut warna badan kereta.

Tergugat sebab Toyota Yaris laku keras, Honda Jazz kat Jepun kena tukar gril baru! 06

Jazz untuk pasaran China menggunakan gril yang berbeza.

Menukar fascia depan bukanlah susah kerana Honda sudahpun menawarkan variasi reka bentuk muka depan yang lain di China, dimana Honda Jazz ditawarkan dengan gril konvensional.

Tergugat sebab Toyota Yaris laku keras, Honda Jazz kat Jepun kena tukar gril baru! 07

Platform TNGA (GA-B) yang digunapakai oleh Toyota Yaris sungguh mantap tetapi jangan hara pia akan dijual di Malaysia. Ini kerana kos platform TNGA ini agak mahal dan saiznya kecil berbanding Yaris untuk pasaran ASEAN. Disini, saiz kereta lebih penting kerana pengguna tidak mahu membayar lebih untuk saiz yang kecil.

Tergugat sebab Toyota Yaris laku keras, Honda Jazz kat Jepun kena tukar gril baru! 08

Toyota Yaris untuk pasaran Jepun dan Eropah sebenarnya lebih kecil berbanding Proton Iriz. Di pasaran ASEAN pula Toyota Yaris adalah hatchback yang paling besar dalam kelasnya, panjang berbanding Honda Jazz tetapi anehnya saiz interior tidak seluas Honda Jazz.

Apa-apapun, Yaris masih lagi hatchback segmen B No.1 di Malaysia, Thailand, Indonesia dan juga Filipina.

Tergugat sebab Toyota Yaris laku keras, Honda Jazz kat Jepun kena tukar gril baru! 09

Di Jepun, Yaris ditawarkan dengan tiga pilihan trenkuasa:

  • 1.0 liter 3 silinder aspirasi natural (1KR-FE, kod enjin Toyota untuk 1.0L Axia dan Bezza 1KR-VE) dipadankan dengan CVT
  • 1.5 liter 3 silinder aspirasi natural ‘Dynamic Force’ M15A-FK5 dengan pilihan transmisi 6 kelajuan manual atau Direct Shift CVT (dengan klac ‘start-up’)
  • 1.5 liter 3 silinder aspirasi natural ‘Dynamic Force’ M15A-FXE hibrid dipadankan dengan E-CVT

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2019 Honda Jazz 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Ā  Jual kereta anda