window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Terhad 5 unit seluruh dunia, inilah Suzuki GSX-S1000 Web Edition 2022!

Khairil · May 27, 2021 07:30 PM

Terhad 5 unit seluruh dunia, inilah Suzuki GSX-S1000 Web Edition 2022! 01

Ramai yang terpesona dan kagum ketika Suzuki melancarkan jentera 'Hypernaked' terbaharunya GSX-S1000 yang mendapat kemas kini dari sudut reka bentuk dan spesifikasi enjin, bulan lalu.

Juga baca: Suzuki GSX-S1000 2021 dilancarkan, sungguh 'alien', berteknologi!

Dan untuk menambah tahap ekslusif model yang mempunyai reka bentuk ala 'origami' berkenaan, syarikat dari Jepun itu menghasilkan pula model edisi khas dikenali sebagai Suzuki GSX-S1000 Web Edition 2022.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Terhad 5 unit seluruh dunia, inilah Suzuki GSX-S1000 Web Edition 2022! 01

Uniknya, hanya 5 unit dibina seluruh dunia namun malangnya, ia khas untuk pelanggan di Itali.

Terhad 5 unit seluruh dunia, inilah Suzuki GSX-S1000 Web Edition 2022! 02

GSX-S1000 versi Standard

Seperti kebanyakan versi edisi khas lain, Suzuki melakukan beberapa perubahan kosmetik antaranya komponen 'mudguard' depan dan belakang ditukar daripada plastik kepada gentian karbon.

Terhad 5 unit seluruh dunia, inilah Suzuki GSX-S1000 Web Edition 2022! 03

Selain itu, ia tidak lagi mempunyai pelana untuk pembonceng namun diberikan 'kowl' penutup belakang yang ditulis dengan perkataan 'web edition' manakala di bagagian 'tope yoke', ia turut diukir dengan perkataan sama berserta nombor siri khas.

Juga baca: GSX-R 1000R Edisi Legenda, penghormatan Suzuki buat juara dunia MotoGP

Terhad 5 unit seluruh dunia, inilah Suzuki GSX-S1000 Web Edition 2022! 04

Perubahan lain adalah di bahagian belakang panel meter turut ditambah sebuah visor kecil yang didakwa Suzuki dapat membantu penunggang untuk melihat panel meter berkenaan dengan lebih baik.

Terhad 5 unit seluruh dunia, inilah Suzuki GSX-S1000 Web Edition 2022! 05

Terhad 5 unit seluruh dunia, inilah Suzuki GSX-S1000 Web Edition 2022! 06

Tiada perubahan dari sudut trenkuasa berbanding versi standard. Ia menggunakan enjin bersesaran 999 cc, 4 Silinder Sebaris, DOHC, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api dan digandingkan dengan transmisi klac manual 6-kelajuan.

Terhad 5 unit seluruh dunia, inilah Suzuki GSX-S1000 Web Edition 2022! 07

Kuasa yang dihasilkan ialah 152 Hp pada 11,000 rpm dengan tork 106 Nm pada 9,250 rpm.

Terhad 5 unit seluruh dunia, inilah Suzuki GSX-S1000 Web Edition 2022! 08

Seperti diketahui, enjin untuk model terbaharu ini dibina semula dan kini patuh piawaian emisi Euro 5 di mana model sebelum ini hanya berupaya menghasilkan kira-kira 147.5 Hp.

Juga baca: Suzuki Hayabusa 2021 dah dilancar, ini 5 fakta menarik!

Terhad 5 unit seluruh dunia, inilah Suzuki GSX-S1000 Web Edition 2022! 09

Untuk persoalan paling utama iaitu harga, angka yang ditawarkan untuk jentera 'ultra' unik ini adalah setinggi € 14,050 (RM 71,026). Sebagai info, harga untuk model standard adalah € 13,440 (RM 67,942).

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda