window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Teringat Proton Savvy? Enjin usaha sama Geely-Renault bakal digunakan pada model Proton akan datang!

Haris · Nov 10, 2022 01:00 PM

Teringat Proton Savvy? Enjin usaha sama Geely-Renault bakal digunakan pada model Proton akan datang! 01

Boleh anda agak ini akan terjadi? Selepas lebih 10 tahun Proton Savvy dengan enjin Renault dihentikan, kita mungkin akan melihat lembaran sejarah baharu di mana enjin Renault kembali ke Proton.

Renault dan Geely telah menandatangani perjanjian untuk menyediakan usaha sama 50-50 untuk membina dan membekalkan enjin pembakaran dalaman (termasuk hibrid) kepada jenama di bawah kumpulan Renault dan Geely, serta kepada pengeluar lain di seluruh dunia.

Teringat Proton Savvy? Enjin usaha sama Geely-Renault bakal digunakan pada model Proton akan datang! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Ketika pelancaran, syarikat baharu itu dijangka akan membekalkan sejumlah pelanggan industri termasuk Renault, Dacia, Geely Auto, Volvo Cars, Lynk & Co, Proton, Nissan dan Mitsubishi Motors Company. Pada masa hadapan, perkongsian itu juga boleh menawarkan teknologi trenkuasa kepada jenama kereta pihak ketiga,” kata kedua-dua syarikat tersebut dalam satu kenyataan bersama.

Perjanjian rangka kerja tanpa ikatan itu ditandatangani oleh tiga pihak - Geely Group Holding (Geely Holding), Geely Automobile Holdings Limited dan Renault Group. Pelaksanaan rasmi akan menyusul pada tahun 2023 kelak.

Syarikat baharu yang belum dinamakan itu dikatakan bakal menjadikan London sebagai pengkalan utama.

Teringat Proton Savvy? Enjin usaha sama Geely-Renault bakal digunakan pada model Proton akan datang! 01

Langkah itu adalah sebahagian daripada penstrukturan semula organisasi Renault yang akan menyaksikan ikon automotif Perancis itu membahagikan perniagaannya kepada 5 bahagian - Power untuk produk enjin pembakaran dalaman; Ampere untuk EV dan perisian; Alpine untuk kereta sukan; Mobilize untuk pembiayaan dan perkhidmatan mobiliti; The Future is Neutral untuk kitar semula.

Power akan bertanggungjawab untuk projek Horse, yang bertujuan untuk menggerakkan Renault ke dalam perniagaan pembekalan enjin. Renault berkata Horse berpotensi untuk menampung 80 peratus daripada keperluan enjin pembakaran dunia.

Baca: Geely memperoleh 34% saham daripada Renault Korea Motors, hibrid berasaskan CMA baru bakal tiba

Teringat Proton Savvy? Enjin usaha sama Geely-Renault bakal digunakan pada model Proton akan datang! 02

Renault juga sedang mencari penyenaraian berasingan Ampere di bursa saham Euronext Paris tahun depan. Ampere akan beroperasi secara bebas daripada perniagaan produk enjin pembakaran Renault yang lain.

Perjanjian terbaharu itu dibuat selepas perkongsian Renault Korea dengan Geely, yang akan menyaksikan Geely membekalkan enjin hibrid kepada model Renault di Korea.

Perjanjian Renault-Geely baharu turut mencerminkan syarikat Aurobay, yang kini memegang semua aset enjin pembakaran Volvo Car.

Teringat Proton Savvy? Enjin usaha sama Geely-Renault bakal digunakan pada model Proton akan datang! 03

Walaupun anak syarikat Geely iaitu Volvo telah komited untuk menjadi syarikat EV sahaja menjelang 2030, ia secara senyap-senyap merancang pelan sandaran sekiranya ia perlu membuat pusingan U.

Volvo Car mengawal 33 peratus Aurobay, yang telah ditugaskan untuk menolak enjin pembakaran 'kotor' kepada pengeluar lain dan Volvo hanya akan melepaskan pegangannya sebaik sahaja ia yakin bahawa EV telah menjadi arus perdana.

Baca: Proton sudah, Mercedes-Benz pun sudah. Kini Geely membeli 7.6% kepentingan dalam Aston Martin

Teringat Proton Savvy? Enjin usaha sama Geely-Renault bakal digunakan pada model Proton akan datang! 04

Geely Group sendiri sedang mendesak untuk penyatuan aset enjin pembakaran dalaman. Walaupun EV semakin terkenal, Geely tidak mempercayai ramalan masa depan di mana EV sepenuhnya, begitu juga dengan Renault, justeru persefahaman ini menjadi asas kepada perkongsian.

Walaupun Renault adalah perintis untuk EV mampu milik (dengan Zoe) di Eropah, Ketua Pegawai Eksekutif Renault, Luca de Meo berkata bahawa harga EV tidak turun seperti yang diramalkan, dan dia tidak percaya bahawa EV boleh menandingi harga kereta enjin pembakaran.

Pada masa yang sama, penyatuan cabang perniagaan enjin pembakaran dalaman adalah penting bagi membebaskan sumber untuk membangunkan EV, yang masih diperlukan di pasaran Eropah.

Teringat Proton Savvy? Enjin usaha sama Geely-Renault bakal digunakan pada model Proton akan datang! 05

CEO Luca de Meo

Luca de Meo, Ketua Pegawai Eksekutif Renault Group berkata, “Ketika Renault Group sedang mempercepatkan dengan transformasi 'Renaulution' untuk mendapatkan nilai pada keseluruhan rantaian nilai automotif baharu, kami berbesar hati telah bersetuju dengan rancangan untuk perkongsian bercita-cita tinggi dengan Geely untuk terus membangunkan enjin ICE dan teknologi hibrid yang akan kekal sebagai bahagian penting dalam rantaian bekalan automotif untuk beberapa dekad yang akan datang.

"Kami akan mampu menawarkan rangkaian kuasa dan penyelesaian elektrik terbaik dalam kelasnya kepada berbilang jenama OEM di seluruh dunia, memacu potensi pasaran untuk teknologi (enjin) pelepasan karbon rendah ini."

Seperti mana yang berlaku kepada Aurobay, Geely akan menarik Renault ke orbitnya. Ia juga bermakna Geely akan menarik Renault daripada pakatan Renault-Nissan-Mitsubishi, yang sedang bergerak tanpa arah pasca era Carlos Ghosn.

Teringat Proton Savvy? Enjin usaha sama Geely-Renault bakal digunakan pada model Proton akan datang! 06

Nissan sudah tentu ingin bersuara dalam hal itu kerana sebahagian daripada harta intelek yang digunakan dalam reka bentuk enjin adalah milik mereka. Namun hala tuju Renault untuk masa depan adalah jelas – ia tidak lagi mahukan integrasi yang lebih mendalam terhadap Nissan, jadi ia akan berusaha ke arah penyelesaian pampasan dengan Nissan.

Perkongsian Renault-Geely akan mempunyai kapasiti lebih 5 juta unit enjin pembakaran dalaman, enjin hibrid dan plug-in hibrid dan transmisi setiap tahun, membekalkan kepada lebih 130 negara dan wilayah.

Baca: Renault bakal "rebadge" model CMA seperti Geely Boyue L (Proton X70), menyusul tahun 2024!

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda