window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Terkini dan rasmi: Yamaha, Maverick Vinales 'berpisah' penghujung musim 2021

Khairil ยท Jun 28, 2021 06:00 PM

Terkini dan rasmi: Yamaha, Maverick Vinales 'berpisah' penghujung musim 2021 01

Seperti ditunjukkan pada riak mukanya di atas podium GP Belanda, semalam, Maverick Vinales akhirnya 'meletup' dan sah meninggalkan pasukan Yamaha MotoGP pada penghujung musim 2021.

Juga baca: Yamaha takluk kemenangan 1,2 di GP Belanda, juara milik Fabio Quartararo

Bukan lagi rahsia pelumba kelahiran Sepanyol itu seperti tidak lagi gembira bersama pasukan berkenaan sehingga mencetus spekulasi dia akan meninggalkan pasukan yang disertainya sejak musim 2017 itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Dan riak mukanya ketika GP Belanda, semalam, lokasi dia menamatkan perlumbaan di kedudukan kedua di belakang rakan sepasukan, Fabio Quartararo seakan membuktikan kebenaran khabar angin berkenaan sebelum perkembangan itu disahkan, hari ini.

Terkini dan rasmi: Yamaha, Maverick Vinales 'berpisah' penghujung musim 2021 01

Yamaha dalam satu kenyataan berkata keputusan berkenaan adalah atas permintaan Vinales sendiri di mana dia tidak akan meneruskan kontraknya yang dijadual berakhir pada penghujung musim 2022.

Terkini dan rasmi: Yamaha, Maverick Vinales 'berpisah' penghujung musim 2021 02

"Kerjasama ini sangat penting bagi saya sejak lima tahun lalu, dan keputusan untuk berpisah jelas sesuatu yang sukar," kata Vinales dalam kenyataan berkenaan.

Juga baca: Yamaha MotoGP lancar jentera musim 2021, idam rampas gelaran dunia

"Kami meraih kedua-duanya, pencapaian yang hebat dan juga masa yang sukar sepanjang kami bersama. Begitupun, atas dasar saling menghormati, saya akan memberikan komitmen penuh dan akan cuba mencapai keputusan terbaik untuk keseluruhan musim ini."

Terkini dan rasmi: Yamaha, Maverick Vinales 'berpisah' penghujung musim 2021 03

Yamaha dalam pada itu mengakui berita berkenaan sebagai 'menyedihkan'.

Pengarah Urusan Yamaha Racing, Lin Jarvis berkata: "Kami berada di pertengahan musim kelima dan sepanjang itu, kami mencapai begitu banyak kejayaan namun juga kekecewaan.

Terkini dan rasmi: Yamaha, Maverick Vinales 'berpisah' penghujung musim 2021 04

Lin Jarvis. Sumber MotoGP

"Selepas GP Jerman, yang juga tempoh paling sukar buat kami, kami mengadakan perbincangan yang penting di Assen dan mencapai kata sepakat untuk kebaikan kedua-dua pihak, kami perlu berpisah.

Terkini dan rasmi: Yamaha, Maverick Vinales 'berpisah' penghujung musim 2021 05

"Yamaha akan berusaha sebaik yang mungkin, seperti yang kami sentiasa lakukan untuk memberi sokongan penuh kepada Maverick dan menamatkan saingan musim ini dengan keputusan terbaik."

Ketika ini, satu-satunya slot bagi pasukan utama yang masih kosong bagi musim 2022 adalah di pasukan Aprilia di mana Vinales akan bergandingan semula dengan bekas rakan sepasukannya di Suzuki, Aleix Espargaro.

Terkini dan rasmi: Yamaha, Maverick Vinales 'berpisah' penghujung musim 2021 06

Vinales ketika bersama Suzuki. Sumber Wikipedia

Sekalipun pakej yang dimiliki pasukan Itali itu jelas meningkat pada musim ini, ia menjadi satu-satunya daripada 6 jenama yang bersaing dalam kejuaraan berkenaan belum menaiki podium pada musim ini.

Terkini dan rasmi: Yamaha, Maverick Vinales 'berpisah' penghujung musim 2021 07

Selain Aprilia, pilihan lain buat Vinales adalah berlumba dalam pasukan satelit terbaharu Ducati, VR46 Ducati bersama adik Valentino Rossi, Luca Marini.

Terkini dan rasmi: Yamaha, Maverick Vinales 'berpisah' penghujung musim 2021 08

Selain di mana destinasi Vinales bagi musim 2022, persoalan lain yang turut muncul adalah siapa akan menggantikan tempatnya di Yamaha? Dan ketika ini, bekas rakan sepasukan Quartararo di Petronas Yamaha SRT, Franco Morbidelli antara nama yang dicanang-canang mengisi kekosongan itu.

Sumber imej: Facebook Monster Yamaha MotoGP, Facebook Maverick Vinales, MotoGP

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda