TERKINI: Honda CR-V (BMD 3787) si pembuli jalanan telah serah diri kepada pihak polis!

Faisal · Apr 25, 2021 09:45 AM

TERKINI: Honda CR-V (BMD 3787) si pembuli jalanan telah serah diri kepada pihak polis! 01

Semalam, kita digemparkan dengan beberapa rakaman dashcam mengenai seorang suspek yang dilaporkan memandu secara melulu dan membahayakan pengguna jalan raya di sekitar Lembah Kelang sejak tahun 2018 lagi.

Juga bacaKANTOI: Honda CR-V (BMD 3787) si pembuli jalanan kini diburu ramai!

Baru sebentar tadi, pihak polis mengesahkan bahawa si pembuli jalanan yang memandu kereta jenis Honda CR-V itu sudahpun ditahan di Balai Polis Trafik Klang Selatan.

TERKINI: Honda CR-V (BMD 3787) si pembuli jalanan telah serah diri kepada pihak polis! 01

Punca suspek viral.

Menariknya, suspek yang bekerja sebagai tukang masak itu dengan sendirinya datang ke balai setelah menerima pelbagai panggilan dan mesej dari Whatsapp berkenaan perbuatannya yang dianggap sebagai pembuli jalanan. Nampaknya, kuasa viral netizen ternyata hebat.

TERKINI: Honda CR-V (BMD 3787) si pembuli jalanan telah serah diri kepada pihak polis! 02

Sumber: Facebook Ahamad Iwan Affie.

Perbuatan suspek yang berusia 58 tahun itu kini sedang disiasat di bawah Seksyen 42 (1), Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian Online

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

Perbincangang Trending

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2019 Honda CR-V 2.0 2WD

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru