window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Terlajak pedal semasa tukar gear, Mitsubishi Triton bekas ADUN rempuh rumah jiran

Mersita ยท May 19, 2021 03:00 PM

Terlajak pedal semasa tukar gear, Mitsubishi Triton bekas ADUN rempuh rumah jiran 01

Seorang bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang memarkir trak pikap Mitsubishi Triton miliknya tidak semena-mena merempuh pintu rumah dua tingkat separa kayu jiran bersebelahan rumahnya.

Kejadian berlaku di Kampung Nelayan, Teluk Kumbar semalam (18 Mei) pada kira-kira pukul 12 tengah hari. Kemalangan ini berpunca daripada kesilapan yang juga sering berlaku kepada pemandu-pemandu lain apabila tersilap tukar gear dan terpijak pedal pacuan.

Terlajak pedal semasa tukar gear, Mitsubishi Triton bekas ADUN rempuh rumah jiran 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seorang saksi memberitahu Utusan Malaysia yang kenderaan milik bekas ADUN berusia 60-an itu diparkir sebentar di hadapan rumah jiran berkenaan dalam keadaan enjin dihidupkan. Jarak antara rumah mereka hanyalah 10 meter.

Terlajak pedal semasa tukar gear, Mitsubishi Triton bekas ADUN rempuh rumah jiran 01

Bekas ADUN berkenaan dikatakan mahu menukar gear N (Neutral) ke P (Parking). Semasa mengalih gear, beliau mungkin juga tersilap masuk gear dan terpijak pedal minyak.

Akibatnya, kenderaan pacuan empat roda berkenaan hilang kawalan lalu merempuh pintu hadapan rumah jirannya itu.

Baca juga: Lagi-lagi kes kereta rempuh dinding. Bagaimana ADAS boleh membantu?

Terlajak pedal semasa tukar gear, Mitsubishi Triton bekas ADUN rempuh rumah jiran 02

Foto: Utusan

Tiada kecederaan atau kemalangan jiwa yang dilaporkan. Kedua-dua pihak akhirnya membuat keputusan untuk membaiki kerosakan yang dialami.

Sumber berita: Utusan Malaysia

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda