window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Terlalu banyak permintaan, harga Suzuki Jimny terpakai lagi mahal dari baru! Apa cerita?

Zamil Syaheer · May 18, 2021 09:00 AM

Terlalu banyak permintaan, harga Suzuki Jimny terpakai lagi mahal dari baru! Apa cerita? 01

Secara umumnya, nilai terpakai kereta terpakai selalunya akan menyusut dari masa ke masa. Sebab yang sama inilah membuatkan ramai yang membandingkan harga diantara kereta baru dan terpakai, kerana anda boleh memiliki kereta yang jauh lebih baik daripada baru pada harga yang lebih murah atau sama.

Terlalu banyak permintaan, harga Suzuki Jimny terpakai lagi mahal dari baru! Apa cerita? 02

Tetapi, sesetengah kereta seperti Suzuki Jimny generasi keempat serba baru pula lagi mahal daripada unit yang baru. Trend ini dapat dilihat di pasaran seperti Australia, Indonesia, dan Jepun.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Suzuki Jimny menentang logik susut nilai kereta terpakai

Terlalu banyak permintaan, harga Suzuki Jimny terpakai lagi mahal dari baru! Apa cerita? 01

Contohnya Australia. Harga Suzuki Jimny baru antara AUD 28,490 (~ RM 92,000) hingga AUD 29,990 (~ RM 96,000) - harga yang agak biasa untuk unit baru.

Terlalu banyak permintaan, harga Suzuki Jimny terpakai lagi mahal dari baru! Apa cerita? 02

Dua kali ganda lagi mahal berbanding Toyota 86 terpakai di Australia!

Namun, keadaannya sedikit berbeza untuk unit terpakai. Laporan berita daripada Australia melaporkan bahawa tidak ada Jimny terpakai yang berharga di bawah AUD 28,490.

Jimny terpakai yang paling murah adalah unit manual 2019, dengan harga AUD 34,000 (~ RM 110,000), kira-kira 20 peratus lebih tinggi daripada unit baru. Sama juga untuk unit automatik tahun 2020, yang disenaraikan dengan harga AUD 50,000 (~ RM 161,000).

Terlalu banyak permintaan, harga Suzuki Jimny terpakai lagi mahal dari baru! Apa cerita? 03

Situasi in sama juga di Indonesia. Rata-rata harga Suzuki Jimny terpakai di Nusantara adalah kira-kira Rp 530 juta (~ RM 153,000), jauh lebih mahal dari harga asal (Rp 365.5 juta sehingga Rp 411 juta).

Terlalu banyak permintaan, harga Suzuki Jimny terpakai lagi mahal dari baru! Apa cerita? 04

Bahkan di Jepun, tempat lahirnya Jimny ini, harga unit terpakai telah melebihi harga kereta baru (JPY 2.5 juta hingga JPY 3.0 juta, berbanding JPY 1.95 juta hingga JPY 2.057 juta untuk yang baru).

Kenapa boleh jadi macam ni?

Terlalu banyak permintaan, harga Suzuki Jimny terpakai lagi mahal dari baru! Apa cerita? 05

Mudah saja - permintaan untuk Jimny melebihi apa yang kilang Suzuki mampu hasilkan.

Terlalu banyak permintaan, harga Suzuki Jimny terpakai lagi mahal dari baru! Apa cerita? 06

Sebelum kilang Gurugram Suzuki di India menghasilkan Jimny, semua penghasilan SUV cilik ini bergantung kepada kilang Kosai Suzuki di Jepun.

Terlalu banyak permintaan, harga Suzuki Jimny terpakai lagi mahal dari baru! Apa cerita? 07

Kilang Suzuki Kosai

Dengan penerimaan luar biasa terhadap model ini, kilang Suzuki hanya mampu menghasilkan beberapa unit sahaja setiap hari. Kesannya, para pembeli harus menunggu berbulan-bulan (bertahun pun ada) untuk memilikinya.

Terlalu banyak permintaan, harga Suzuki Jimny terpakai lagi mahal dari baru! Apa cerita? 08

Pada masa ini, pembeli di Australia harus menunggu hingga 12 bulan. Sekiranya anda menganggap itu masa yang lama, pembeli Jimny di Indonesia harus menunggu sehingga dua tahun. Gila kentang!

Juga baca: Suzuki Jimny di Indonesia – tempoh menunggu mencecah 5 tahun?

Terlalu banyak permintaan, harga Suzuki Jimny terpakai lagi mahal dari baru! Apa cerita? 09

Imej dari CarGuide.ph

Dengan mulanya penghasilan Suzuki Jimny di kilang Gurugram, India, ia sepatutnya mengurangkan isu kekurangan bekalan kereta yang dihadapi oleh Suzuki. Kilang baru ini telah memulakan eksport Jimny buatan India ke Peru, Colombia, dan Filipina.

Juga baca: Suzuki Jimny pasaran Filipina dibuat di India, Malaysia CBU Jepun!

Apa yang menarik sangat pasal Suzuki Jimny?

Terlalu banyak permintaan, harga Suzuki Jimny terpakai lagi mahal dari baru! Apa cerita? 10

Tidak seperti banyak kereta moden, Suzuki Jimny adalah SUV kecil yang berlegenda. Reka bentuknya cukup retro untuk memberi penghormatan kepada warisannya, tetapi cukup moden dengan arus perdana depan. Tidak ada SUV lain di luar sana yang nampak sepertinya.

Terlalu banyak permintaan, harga Suzuki Jimny terpakai lagi mahal dari baru! Apa cerita? 11

Tetapi jika penampilan standard Jimny terlalu biasa bagi anda, pembuat bodykit seperti Damd telah mengeluarkan pelbagai pilihan kit badan unik seperti mini G-Class dan mini Land Rover Defender (digelar sebagai Little G dan Little D).

Selain itu, Jimny bukan SUV yang tidak mempunyai kemampuan off-road. Sebaliknya, Jimny jauh lebih mampu daripada beberapa "SUV" pada masa kini.

Sekiranya anda tak konfiden, lihatlah video Suzuki Jimny beraksi di off-road. Kombinasi jarak roda pendek dan sistem 4WD sambilan adalah resipi yang sempurna untuk menakluk off-road dengan mudah.

Juga baca: Suzuki Jimny – 4 sebab kenapa 4x4 mini yang mahal ini begitu popular di serata dunia

Terlalu banyak permintaan, harga Suzuki Jimny terpakai lagi mahal dari baru! Apa cerita? 12

Kesimpulannya, Suzuki Jimny tidak perlu ‘jual mahal’ (agak ironi disini). Ia adalah sebuah SUV yang direka khusus untuk pembeli yang inginkan kereta dengan jiwa dan karekter.

Naza Eastern Motors akan melancarkan Jimny pada Ogos tahun 2021, jadi kita tunggu dan lihat samaada Malaysia akan mengalami nasib yang sama.

Juga baca: Sah! Suzuki Jimny bakal tiba di Malaysia pada Ogos 2021, varian ‘high end’ sahaja!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2021 Suzuki Jimny

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda