window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Terlintas nak beli Nissan Navara facelift 2021 (D23)? Ini gaji minimum yang diperlukan!

Haris · Apr 23, 2021 02:00 PM

Terlintas nak beli Nissan Navara facelift 2021 (D23)? Ini gaji minimum yang diperlukan! 01

Bulan April menjadi saksi pelancaran 3 trak pikap sekaligus di Malaysia. Model yang dikemaskini atau dilancarkan adalah Nissan Navara facelift 2021, Isuzu D-Max generasi ketiga dan Mitsubishi Triton Athlete. Fokus untuk artikel ini adalah Nissan Navara facelift 2021, atau juga dikenali sebagai The Mother Trucker

Terlintas nak beli Nissan Navara facelift 2021 (D23)? Ini gaji minimum yang diperlukan! 02

Harga untuk varian Pro-4X teratas bermula dari RM 142,200 tetapi jika anda tergoda untuk membelinya, berapa gaji minimum yang anda perlukan sebelum anda boleh memohon pinjaman?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Jangan khuatir kerana artikel ini hanya sebagai panduan dan mungkin kepada yang memasang angan-angan.

Gaji RM 3,000 boleh lepas ke?

Terlintas nak beli Nissan Navara facelift 2021 (D23)? Ini gaji minimum yang diperlukan! 01

Pro-4X berwarna kelabu, VL berwarna merah

Untuk artikel ini, kami akan memfokuskan kepada tiga varian teratas Nissan Navara (dari rendah ke tinggi), iaitu:

  • 2.5L V
  • 2.5L VL
  • 2.5L Pro-4X

Terlintas nak beli Nissan Navara facelift 2021 (D23)? Ini gaji minimum yang diperlukan! 02

Untuk model terendah di sini, Nissan Navara 2.5L V berharga RM 125,500. Oleh itu, pembayaran bulanan untuk varian ini adalah sekitar RM 1,260 sebulan, jika dikira dengan kadar faedah 2.27% untuk pinjaman 9 tahun.

Berdasarkan garis panduan yang disyorkan, anda tidak seharusnya membayar lebih daripada 20% dari gaji bulanan anda untuk bayaran bulanan. Oleh itu, gaji bersih minimum sekitar RM 6,300 sebulan.

Terlintas nak beli Nissan Navara facelift 2021 (D23)? Ini gaji minimum yang diperlukan! 03

Bagi model kedua tertinggi, Nissan Navara 2.5L VL yang berharga RM 137,900, pembayaran bulanan kira-kira RM 1,380 sebulan memerlukan gaji bersih sekitar RM 6,900 sebulan.

Terlintas nak beli Nissan Navara facelift 2021 (D23)? Ini gaji minimum yang diperlukan! 04

Akhir sekali, Nissan Navara 2.5L Pro-4X, varian paling tinggi. Bermula dari RM 142,200, anda perlu mempunyai gaji bersih sekitar RM 7,150 untuk membayar balik pinjaman bulanan, sebanyak RM 1,430.

Dengan kos insurans, penyelenggaraan, tayar dan kos operasi lain yang berkaitan, perbelanjaan berkaitan kereta anda tidak boleh melebihi 30% daripada gaji bulanan anda.

Terlintas nak beli Nissan Navara facelift 2021 (D23)? Ini gaji minimum yang diperlukan! 05

Berikut adalah ansuran bulanan untuk Nissan Navara facelift 2021 baru untuk tempoh 5, 7 dan 9 tahun. Kadar ini adalah berdasarkan kadar faedah 2.27%.

Bayaran bulanan untuk 5 tahun
Varian Harga (RM) Bulanan (RM)
2.5L V 125,500 2,100
2.5L VL 137,900 2,300
2.5L Pro-4X 142,200 2,380
Bayaran bulanan untuk 7 tahun
Varian Harga (RM) Bulanan (RM)
2.5L V 125,500 1,560
2.5L VL 137,900 1,710
2.5L Pro-4X 142,200 1,770
Bayaran bulanan untuk 9 tahun
Varian Harga (RM) Bulanan (RM)
2.5L V 125,500 1,260
2.5L VL 137,900 1,380
2.5L Pro-4X 142,200 1,430

Tempoh pinjaman 5 tahun adalah pilihan yang lebih bijak. Walaupun begitu, kadar faedah sentiasa berubah. Memandangkan keadaan kita sekarang, kadar faedah sangat rendah tetapi jika anda serius, periksa dengan kadar terkini dari bank anda.

Terlintas nak beli Nissan Navara facelift 2021 (D23)? Ini gaji minimum yang diperlukan! 06

Berikut adalah perbandingan ringkas yang membandingkan bayaran bulanan antara Nissan Navara, Toyota Hilux, Isuzu D-Max, Ford Ranger, dan Mitsubishi Triton.

Perbandingan bayaran bulanan
Model Harga (RM) Bulanan (RM)
Isuzu D-Max 3.0 X-Terrain 141,938 1,424
Mitsubishi Triton Athlete 141,500 1,420
Ford Ranger Wildtrak 152,388 1,530
Nissan Navara Pro-4X 142,200 1,430
Toyota Hilux Rogue 146,880 1,470

Bacaan Lanjut:

Ingin membeli Isuzu D-Max 2021? Inilah gaji minimum yang anda perlu ada!

Nak beli Mitsubishi Triton Athlete, tapi berapa jumlah gaji diperlukan untuk bayar bulan-bulan?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Nissan Navara 2.5 V Black Edition

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda