window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Terpakai vs Baru: Pada harga RM 30k, Proton Suprima S atau Perodua Axia? Jimat minyak vs turbo!

Zamil Syaheer · Jul 3, 2021 06:00 PM

Terpakai vs Baru: Pada harga RM 30k, Proton Suprima S atau Perodua Axia? Jimat minyak vs turbo! 01

Dengan kemerosotan ekonomi akibat pandemik Covid-19, tidak semua orang mampu untuk membeli kereta baru mahal. Dengan bajet sekitar RM 30,000, pilihan yang logik adalah Perodua Axia yang baru. Ada waranti, jimat minyak, dan tak banyak ragam.

Tetapi, RM 30,000 juga boleh membeli anda Proton Suprima S terpakai. Jadi, mana satu nak beli ni?

Proton Suprima S terpakai - Sekiranya anda mahukan sesuatu yang canggih, tetapi...

Terpakai vs Baru: Pada harga RM 30k, Proton Suprima S atau Perodua Axia? Jimat minyak vs turbo! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berbanding dengan Perodua Axia, Proton Suprima S jauh lebih selesa dengan suspensi multi-link di belakang, berkuasa dengan enjin turbo, dan juga luas dalam kesemua aspek.

Terpakai vs Baru: Pada harga RM 30k, Proton Suprima S atau Perodua Axia? Jimat minyak vs turbo! 01

Walaupun enjin Campro turbo ini taklah sejimat seperti Axia, tetapi ianya lebih diperhalusi dan lancar. 4-silinder vs 3-silinder, faham-faham ajelah.

Juga baca: Enjin 3-silinder: Gegar, bising dan tak tahan lama, atau sekadar omong kosong saja?

Terpakai vs Baru: Pada harga RM 30k, Proton Suprima S atau Perodua Axia? Jimat minyak vs turbo! 02

Disebabkan ianya kereta yang lebih besar, Suprima S menawarkan lebih banyak ruang serta tempat storan barang. Terdapat ruang penyimpanan biasa di depan tombol gear, dan juga di konsol tengah.

Terpakai vs Baru: Pada harga RM 30k, Proton Suprima S atau Perodua Axia? Jimat minyak vs turbo! 01

Saiz but belakang juga dua kali ganda besar, dengan 427 liter (ukuran VDA) berbanding 260 liter dalam Perodua Axia.

Terpakai vs Baru: Pada harga RM 30k, Proton Suprima S atau Perodua Axia? Jimat minyak vs turbo! 02

Proton Suprima S juga memilik ciri-ciri yang tidak terdapat pada Axia, seperti lampu LED DRL, kawalan pelayaran, beg udara sisi dan tirai, dan kolum stereng yang boleh dilaras atas dan bawah.

Terpakai vs Baru: Pada harga RM 30k, Proton Suprima S atau Perodua Axia? Jimat minyak vs turbo! 03

Seperti kereta terpakai yang lain, anda perlu mengetepikan sedikit bajet untuk membaiki atau menggantikan bahagian yang haus dan lusuh.

Pastikan anda tahu bengkel yang boleh dipercayai supaya anda tidak akan menghabiskan lebih banyak wang daripada yang diperlukan.

Juga baca: Jangan diperbodohkan! Inilah tips elak ditipu penjual kereta terpakai!

Terpakai vs Baru: Pada harga RM 30k, Proton Suprima S atau Perodua Axia? Jimat minyak vs turbo! 04

Kos untuk menjaga Proton Suprima S juga tidak murah, seperti yang kami sebutkan dalam panduan membeli kereta terpakai kami.

Bengkel yang biasa dengan Suprima S mengatakan bahawa Body Control Module (BCM), kotak fius, dan turbo itu sendiri boleh rosak. Isu hos penyejuk minyak (OCH) juga mempengaruhi Suprima S.

Juga baca: Panduan kereta terpakai: RM 20k untuk Proton Preve. Masih bagus tapi banyak karenah?

Terpakai vs Baru: Pada harga RM 30k, Proton Suprima S atau Perodua Axia? Jimat minyak vs turbo! 05

Nak cari Proton Suprima S yang dijaga rapi dan tidak diubah suai juga agak sukar, kerana tidak banyak unit yang terjual selama enam tahun jangka hayatnya.

Perodua Axia baru – Pemilikan yang tenang

Terpakai vs Baru: Pada harga RM 30k, Proton Suprima S atau Perodua Axia? Jimat minyak vs turbo! 01

Perodua Axia yang baru, sebaliknya, mungkin tidak semewah atau sarat dengan teknologi seperti Suprima, tetapi di situlah letaknya daya tarikan hatchback cilik ini.

Terpakai vs Baru: Pada harga RM 30k, Proton Suprima S atau Perodua Axia? Jimat minyak vs turbo! 02

Kerana Perodua Axia mempunyai enjin 3-silinder aspirasi natural, penyelenggaraannya sangat mudah. Walaupun tangki minyaknya lebih kecil (33 liter vs 50 liter), Axia menawarkan lebih banyak kilometer per bahan bakar. Jadi itu berita baik bagi mereka yang ingin memaksimumkan penggunaan bahan bakar.

Juga baca: Rebiu: Perodua Axia 1.0 Advance - Patut ke beli Axia spec bangsawan?

Terpakai vs Baru: Pada harga RM 30k, Proton Suprima S atau Perodua Axia? Jimat minyak vs turbo! 03

Sekiranya ada sebarang permasalahan, anda selalu boleh bergantung pada jaminan pengeluar - sesuatu yang mungkin menjadi masalah pada Suprima S terpakai.

Juga baca: Waranti untuk kereta terpakai dan ‘recond’ – Semua yang anda perlu tahu!

Terpakai vs Baru: Pada harga RM 30k, Proton Suprima S atau Perodua Axia? Jimat minyak vs turbo! 04

Walaupun transmisi automatik 4-kelajuan Axia biasa sahaja, ia berfungsi dengan cukup baik. Ia tidak akan merengek atau tersentak seperti unit CVT Suprima.

Kesimpulan – Anda gemar memandu atau inginkan ketenangan jiwa?

Terpakai vs Baru: Pada harga RM 30k, Proton Suprima S atau Perodua Axia? Jimat minyak vs turbo! 05

Tetapi jika anda suka godek dan ingin belajar lebih banyak mengenai kereta anda, maka Proton Suprima S terpakai pastinya merupakan pilihan yang menarik.

Proton Suprima S adalah pembelian yang lumayan, walaupun anda wajib melakukan kaji selidik yang lebih terperinci sebelum membelinya.

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2018 Proton Suprima S Premium

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda