window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Terperinci: Mitsubishi Xpander lebih besar daripada BR-V dan Aruz!

Mersita · Aug 6, 2020 04:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Mitsubishi Xpander sememangnya tampak menarik dan lebih menonjol berbanding kebanyakan kereta lain. Ia mempunyai rupa paras hadapan yang serupa dengan Mitsubishi Triton.

Lampu hadapan LED dan lampu kabus – perincian standard pada trim teratas.

Terperinci: Mitsubishi Xpander lebih besar daripada BR-V dan Aruz! 01

Rim aloi dwi-tona dipasang pada tayar 16 incinya.

Terperinci: Mitsubishi Xpander lebih besar daripada BR-V dan Aruz! 02

Di bahagian belakang, Xpander mempunyai lampu brek LED berbentuk L yang tersendiri dan melengkapkan kemasannya adalah spoiler penutup but dengan lampu brek ketiga LED.

Terperinci: Mitsubishi Xpander lebih besar daripada BR-V dan Aruz! 03

Pandangan lebih dekat pada lampu breknya.

Kit dalaman

Terperinci: Mitsubishi Xpander lebih besar daripada BR-V dan Aruz! 04

Bagi pasaran Thai, Xpander ini diberi skrin sentuh 2-DIN bersaiz 6.2 inci yang menyokong sambungan Bluetooth dan boleh memainkan DVD. Sistem audionya dilengkapi dengan 6 speaker.

Belum ada berita lagi tentang sokongan sambungan Android Auto/Apple CarPlay, tapi kami harap model pasaran kita akan dilengkapi dengan ciri ini!

Terperinci: Mitsubishi Xpander lebih besar daripada BR-V dan Aruz! 05

Stereng pelbagai fungsi dengan pelaras kawalan peluncuran dan kawalan untuk sistem infotainmen.

Terperinci: Mitsubishi Xpander lebih besar daripada BR-V dan Aruz! 06

Ia juga mempunyai ruang udara penghawa dingin bagi barisan kedua dan ketiga.

Terperinci: Mitsubishi Xpander lebih besar daripada BR-V dan Aruz! 07

Yang menariknya, tempat duduk belakang iaitu barisan kedua dan ketiga boleh dilipat rata dan ia adalah satu-satunya kenderaan dalam kelas ini yang ada kelebihan ini - menurut penerangan Mitsubishi. Ini membolehkan ruang simpanan bagasinya dimaksimakan sehingga 1,630 liter.

Jika dibandingkan, BR-V dan Aruz/Rush hanya ada pembahagian 60:40 pada tempat duduk barisan kedua manakala 50:50 untuk barisan ketiga yang boleh dibahagi separuh dan dilipat.

Terperinci: Mitsubishi Xpander lebih besar daripada BR-V dan Aruz! 08

Memandangkan ia kereta keluarga, ia juga mempunyai pelbagai sambungan serta pilihan tempat penyimpanan: soket elektrik 3DC 12V dan banyak ruang untuk menyimpan barangan anda – termasuklah dia pemegang cawan di barisan ketiga serta ruang but 2 tingkat.

Dengan citarasa konservatif kami, kami mungkin akan memilih ruang dalaman semua-hitam seperti gambar di bawah.

Kelengkapan keselamatan

Terperinci: Mitsubishi Xpander lebih besar daripada BR-V dan Aruz! 09

Di dalamnya, kelengkapan keselamatannya termasuklah dua beg udara bagi pemandu dan penumpang, pemegang kerusi kanak-kanak ISOFIX di barisan kedua dan kamera parkir pandangan belakang.

Xpander ini juga didatangkan dengan Anti-lock Braking System (ABS), Brake Assist (BA), Active Stability Control (ASC), Traction Control (TCS), Hill Start Assist (HSA) dan Electronic Brake Force Distribution (EBD) sebagai kelengkapan keselamatan yang standard.

Terperinci: Mitsubishi Xpander lebih besar daripada BR-V dan Aruz! 10

Dari segi perincian badannya, bahagian hadapan telah direka secara khas untuk mengurangkan tahap keseriusan impak sekiranya berlaku kemalangan dengan pejalan kaki.

Struktur keluli berketegangan tinggi juga membantu dalam mengurangkan impak perlanggaran – sesuatu yang juga dipadankan dengan palang keluli keselamatan di setiap panel pintu.

Prestasi

Terperinci: Mitsubishi Xpander lebih besar daripada BR-V dan Aruz! 11

Xpander ini dikuasakan oleh enjin petrol MIVEC 4A91 1.5 liter yang mempunyai janaan kuasa maksima sebanyak 105 PS pada 6,000 rpm dan 141 Nm tork pada 4,000 rpm. Kotak gear automatik 4 kelajuan menghantar kuasa ini ke tayar hadapan. Tapi, beberapa pasaran juga mempunyai pilihan manual 5 kelajuan.

Terperinci: Mitsubishi Xpander lebih besar daripada BR-V dan Aruz! 12

Tetapan suspensionnya ialah ‘strut’ MacPherson di hadapan dan ‘torsion beams’ di belah belakang. Ia juga mempunyai radius pusingan yang sangat kompak iaitu 5.2 meter; memudahkan pemandu untuk membuat pusingan u-turn.

Jenis brek Xpander ini pula ialah brek cakera berventilasi di tayar hadapan dan sepasang brek dram di belakang.

Terperinci: Mitsubishi Xpander lebih besar daripada BR-V dan Aruz! 13

Ruang bawah kereta pula agak luas iaitu 205 mm.

Bagaimanakah prestasi Xpander ini jika dibandingkan dengan saingannya?

Spesifikasi Mitsubishi Xpander 2020 Honda BR-V 2020 Perodua Aruz/Toyota Rush 2020
Kuasa Kuda (PS) 1.5 liter NA – 105 PS @ 6,000 rpm 1.5 liter NA – 120 PS @ 6,600 rpm 1.5 liter NA – 101 PS @ 6,000 rpm
Tork (Nm) 141 Nm @ 4,000 rpm 145 Nm @ 4,600 rpm 133 Nm @ 4,200 rpm
Panjang 4,475 mm 4,457 mm 4,435 mm
Lebar 1,750 mm 1,745 mm 1,695 mm
Tinggi 1,700 mm 1,677 mm 1,705 mm
Jarak Roda 2,775 mm 2,662 mm 2,685 mm

Xpander adalah yang paling besar dalam kalangan ini, lebih panjang dan lebar berbanding semua pesaing rapatnya.

Jarak rodanya berukuran 2,775 mm adalah yang terbesar dalam kelasnya – lebih panjang daripada Toyota Innova. Secara teorinya, ini bermaksud ruang kaki yang lebih bagus dan lebih selesa bagi penumpang.

Harga

Terperinci: Mitsubishi Xpander lebih besar daripada BR-V dan Aruz! 14

Xpander di pasaran Thai berspesifikasi tinggi dijual dengan harga THB 859,000 (~RM 116,376.20) - agak mahal bagi segmen pasaran ini. Tapi, perlu diingatkan yang harga ini tidak boleh digunapakai di pasaran Malaysia kerana terdapat perbezaan dari segi struktur cukai.

Memandangkan Xpander ini berada di tengah-tengah gelanggang persaingan Honda BR-V dengan Perodua Aruz/Toyota Rush, barangkali harganya akan lebih kurang sama.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Mitsubishi Xpander 1.5 L

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda