window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Terus meriah, Aprilia sertai segmen skuter 'ADV', pertaruhkan SR GT Adventure!

Khairil ยท Dec 7, 2021 10:00 AM

Terus meriah, Aprilia sertai segmen skuter 'ADV', pertaruhkan SR GT Adventure! 01

Mengikuti 'hype' ketika ini, syarikat pengeluar motosikal Itali, Aprilia memperkenalkan skuter 'Adventure' aras mulanya Aprilia SR GT Adventure 2022 di Pameran Motosikal Milan (EICMA) 2021.

Tampil dengan rekaan cukup menarik hasil tangan pereka Itali yang jelas 'garang' dan 'sporty' menerusi panel badan yang tajam, dua varian model berkenaan dilancarkan dengan sesaran enjin berbeza iaitu SR GT 125 dan SR GT 200.

Juga baca: Aprilia RSV4, RSV4 Factory 2021. 125 Nm, 217 Hp, teknologi MotoGP ke jalanan!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Terus meriah, Aprilia sertai segmen skuter 'ADV', pertaruhkan SR GT Adventure! 01

Menurut Aprilia, reka bentuk SR GT diilhamkan daripada model 'Enduro' jemama itu dengan posisi bar hendal dan kedudukan tunggangannya yang membolehkan penunggang mendapatkan kawalan lebih baik.

Sebagai skuter dengan konsep 'Urban ADV', ia mempunyai suspensi dengan jarak 'travel' yang panjang manakala jarak lega bumi yang agak tinggi untuk 'mencabar' laluan separa lasak.

Juga baca: Harga asas RM 59,900, inilah Aprilia RS660 2021 di Malaysia!

Terus meriah, Aprilia sertai segmen skuter 'ADV', pertaruhkan SR GT Adventure! 02

Untuk Aprilia SR GT 125 2022, ia dipadankan dengan enjin 125 cc, 1 Silinder, 4 Injap, Penyejuk Cecair dan Suntikan Bahan Api. Kuasa yang dihasilkan adalah 14.75 Hp pada 8,750 rpm dan tork 12 Nm pada 6,500 rpm.

Untuk Aprilia SR GT 200 2022 pula, ia dijana enjin bersesaran 174 cc, 1 Silinder 4 Injap, Penyejuk Cecair dan Suntikan Bahan Api yang berupaya menghasilkan kuasa 17.43 Hp pada 8,500 rpm dan tork 16.5 Nm pada 7,000 rpm. Kedua-duanya menggunakan transmisi CVT.

Terus meriah, Aprilia sertai segmen skuter 'ADV', pertaruhkan SR GT Adventure! 03

Sebagai model 'kembar', kedua-duanya banyak berkongsi perkakasan termasuk di bahagian suspensi dan sistem brek.

Kedua-dua model menggunakan fork teleskopik daripada jenama Showa 33 mm dengan jarak 'travel' 122 mm dan penyerap hentak berganda juga daripada Showa dengan 'travel' 102 mm. Bagi sebuah model skuter ADV, ketinggian itu nampak cukup meyakinkan.

Juga baca: Giliran Aprilia Tuono 660 2021 'tembus' pasaran Malaysia, harga asas RM 77,900!

Terus meriah, Aprilia sertai segmen skuter 'ADV', pertaruhkan SR GT Adventure! 04

Aprilia SR GT 125

Sistem brek juga sama iaitu cakera tunggal bersaiz 260 mm (depan) dan cakera tunggal 220 mm (belakang).

Terus meriah, Aprilia sertai segmen skuter 'ADV', pertaruhkan SR GT Adventure! 05

Aprilia SR GT 125

Kedua-duanya dipadankan dengan set roda yang sama iaitu tayar 'dual purpose' bersaiz 110/80 dengan rim aloi 14 inci (depan) dan 130/70 dengan rim 13 inci (belakang).

Juga baca: Aprilia GPR250R 2021 dilancar di China, lagi 'kacak', harga RM 17k!

Terus meriah, Aprilia sertai segmen skuter 'ADV', pertaruhkan SR GT Adventure! 06

Aprilia SR GT 200

Ia turut dilengkapi dengan sistem mula-henti RISS (Regulator Inverter Start & Stop System) canggih daripada Aprilia, lampu LED penuh, panel meter LCD dengan teknologi sambungan telefon bimbit Aprilia MIA (pilihan).

Terus meriah, Aprilia sertai segmen skuter 'ADV', pertaruhkan SR GT Adventure! 07

Aprilia SR GT 200

Informasi lain mengenai skuter ini ruang simpanan bawah pelana 25 liter dan kapasiti bahan api 9 liter.

Terus meriah, Aprilia sertai segmen skuter 'ADV', pertaruhkan SR GT Adventure! 08

Berat

  • Aprilia SR GT 125 - 144 kg 
  • Aprilia SR GT 200 - 148 kg (SR GT 200)

Terus meriah, Aprilia sertai segmen skuter 'ADV', pertaruhkan SR GT Adventure! 09

Pilihan warna:

  • Street Grey
  • Aprilia Black
  • Infinity Blue
  • Street Gold
  • Iridium Grey
  • Red Raceway

Terus meriah, Aprilia sertai segmen skuter 'ADV', pertaruhkan SR GT Adventure! 10

Aprilia SR GT 125

Setakat ini, tiada pengumuman mengenai harga dibuat dan tidak diketahui sama ada Aprilia SR GT Adventure akan memasuki pasaran Malaysia atau tidak.

Juga baca: Aprilia pertonton Tuareg 660, 'saudara' RS, Tuono 660 dengan rekaan 'minimal', 80 Hp, 70 Nm!

Terus meriah, Aprilia sertai segmen skuter 'ADV', pertaruhkan SR GT Adventure! 11

Aprilia SR GT 200

Sebagai info, sensasi skuter ADV mulai mencanak menerusi kehadiran Honda ADV 150 beberapa tahun lalu dan jenama Jepun itu turut melancarkan 'abangnya', Honda ADV 350 di EICMA 2021.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda