window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tesla akan tiba ke Indonesia untuk bincangkan bekalan komponen EV

Mersita · Dec 16, 2020 11:59 AM

Tesla akan tiba ke Indonesia untuk bincangkan bekalan komponen EV 01

Indonesia, negara yang mempunyai sumber semulajadi nikel terbesar di dunia, berjaya menarik perhatian syarikat pembuat kereta seperti Hyundai, CATL, dan gergasi dari AS iaitu Tesla. Oleh itu, delegasi dari Tesla akan tiba di Indonesia bulan hadapan bagi membincangkan potensi Indonesia sebagai pembekal untuk komponen kenderaan elektrik (EV) syarikat gergasi AS itu.

Presiden Joko memberitahu Reuters yang mereka mempunyai perancangan besar untuk menjadikan Indonesia sebagai pembekal bateri lithium terbesar di dunia memandangkan mereka mempunyai sumber semulajadi yang banyak bagi penghasilan komponen tersebut. Ini sudahpun menarik pelaburan dari Hyundai bernilai USD 1.5 bilion dan dari CATL bernilai USD 5.1 bilion.

Tesla akan tiba ke Indonesia untuk bincangkan bekalan komponen EV 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Menteri Koordinator Bidang Kemaritiman dan Investasi Kabinet Indonesia Maju, Luhut Pandjaitan bersama-sama President Joko Widowo berhubung dengan Ketua Pegawai Eksekutif Tesla Elon Musk minggu lepas untuk membincangkan peluang pelaburan dari Tesla di Indonesia.

Tesla akan tiba ke Indonesia untuk bincangkan bekalan komponen EV 01

Elon Musk pernah membuat kenyataan yang beliau sedang merancang untuk menawarkan satu kontrak gergasi bagi jangkamasa yang lama, dengan syarat sumber tersebut dilombong dengan kaedah yang cekap sambil memelihara alam sekitar.

Tesla akan tiba ke Indonesia untuk bincangkan bekalan komponen EV 02

Gambar: Reuters

Kerajaan Indonesia telah mengharamkan ekspot nikel dan pelebur bijih nikel di negara itu harus membeli bijih nikel pada harga yang sudah ditetapkan kerajaan. Langkah ini adalah untuk menggesa industri perlombongan itu dalam penghasilan produk domestik yang lebih tinggi nilai ekspot dan kualitinya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Tags

View More Tags

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda