window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tesla 'sign' kontrak 5 tahun bernilai 5 bilion USD dengan Indonesia, khas untuk beli nikel bateri

Faisal · Aug 10, 2022 07:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Kata Luhut, “Kami dengan Tesla masih dalam proses rundingan tetapi mereka sudah mula membeli dua produk cemerlang dari Indonesia”.

Menurut beliau, Tesla telah menandatangan kontrak 5 tahun bersama syarikat memproses nikel. Pusat syarikat itu terletak di daerah Morowali di Pulau Sulawesi. Untuk makluman anda, nikel adalah komponen utama untuk bateri ion-litium dan apa yang lebihnya ialah ketumpatan tenaga bateri jenis ini lebih tinggi daripada jenis nikel metal hybride.

Juga bacaPM Ismail jemput Tesla untuk melabur di Malaysia, ketika Elon Musk menikmati Kopiko dari Indonesia

Tesla 'sign' kontrak 5 tahun bernilai 5 bilion USD dengan Indonesia, khas untuk beli nikel bateri 01

Pembinaan fasiliti pemasangan bateri EV di Batang.

Bagi anda yang belum tahu, Indonesia bercita-cita untuk menjadi pengeluar bateri dan kenderaan elektrik. Sebelum ini, kerajaan mereka telah mencadangkan Tesla untuk membina kilang yang boleh mengeluarkan 500,000 kenderaan elektrik setiap tahun iaitu di Batang. Untuk pengetahuan anda, lokasi itu adalah tempat di mana LG sudah mula membangunkan fasiliti pemasangan bateri yang bernilai 9.8 bilion USD (~RM 43.1 bilion).

Juga bacaRasmikan kilang bateri EV LG RM 43 bilion, Presiden Indonesia Jokowi naik EV Genesis G80!

Tesla 'sign' kontrak 5 tahun bernilai 5 bilion USD dengan Indonesia, khas untuk beli nikel bateri 02

Presiden Jokowi dan Elon Musk sewaktu di fasiliti SpaceX.

Menariknya, Indonesia juga telah mengharamkan eksport nikel ke luar bagi melindung hak bekalan untuk pelabur-pelabur mereka.

November nanti, CEO Tesla sendiri iaitu Elon Musk akan terbang ke Indonesia untuk menghadiri sidang kemuncak G20 Bali 2022 yang dianjurkan oleh Presiden Jokowi.

Juga bacaDalam usaha memintas Thailand, Indonesia sanggup buka tawaran yang sukar ditolak oleh Tesla!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda
Electric Cars Malaysia