window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Thailand akan lancar Toyota GR Yaris 2021 – Malaysia pula seterusnya!

Mersita · Nov 17, 2020 06:00 PM

Thailand akan lancar Toyota GR Yaris 2021 – Malaysia pula seterusnya! 01

Walau demam X50 belum kebah lagi, peminat kereta di rantau ini lebih teruja dengan kedatangan Toyota GR Yaris 2021 yang kini semakin menghampiri kita di Malaysia.

Thailand akan lancar Toyota GR Yaris 2021 – Malaysia pula seterusnya! 02

Headlightmag melaporkan yang ‘kereta rali untuk jalanan’ ini akan diperkenalkan di Thailand pada bulan hadapan di 37th Thailand International Motor Expo yang akan berlangsung dari 1 – 13 Disember 2020.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Thailand akan lancar Toyota GR Yaris 2021 – Malaysia pula seterusnya! 01

Hot hatch ini juga akan mula dijual di Thailand sejurus selepas pelancarannya nanti. Walaupun harganya belum lagi diumumkan, ia dijangka akan dijual pada harga yang agak tinggi.

Cis, diorang dapat dulu!

Toyota Malaysia pernah mengacah kereta ini sebelum ini, oleh itu kita di Malaysia akan diberi peluang untuk memilikinya juga. Sekitar 100 unit akan dibekalkan untuk Malaysia, dengan anggaran harga yang akan bermula dari RM 300,000.

Thailand akan lancar Toyota GR Yaris 2021 – Malaysia pula seterusnya! 02

Harga dah macam Honda Civic Type-R FK8 bagi kereta yang lebih kecil dan berada pada satu segmen di bawah si Civic. GR Yaris ialah hatchback dua pintu segmen B manakala Civic Type-R FK8 ialah hatchback 4 pintu segmen C.

Thailand akan lancar Toyota GR Yaris 2021 – Malaysia pula seterusnya! 03

Dalam perhitungan lain, anda kira-kira membayar RM 1,000 bagi setiap kuasa kuda (PS) yang dijana oleh GR Yaris.

Apa yang best sangat ni? Kenapa mahal harga yahudi?

Thailand akan lancar Toyota GR Yaris 2021 – Malaysia pula seterusnya! 04

Sebabnya? Ia lebih lagi dari sekadar Yaris dengan muka cantik – hot hatch ini dah tahap kereta rali. GR Yaris dibangunkan oleh Tommi Mäkinen dan ia boleh dianggap kereta WRC dengan stiker cukai jalan Malaysia.

Thailand akan lancar Toyota GR Yaris 2021 – Malaysia pula seterusnya! 05

Enjin 1.6 liter berpengecas turbo 3 silindernya menjana 272 PS dan 370 Nm, memacu keempat-empat tayar melalui kotak gear manual 6 kelajuan.

Thailand akan lancar Toyota GR Yaris 2021 – Malaysia pula seterusnya! 06

Enjin ini – juga dengan kotak gearnya dan sistem AWD spesifikasi WRC GR-Four – sangat menyerupai kereta lumba.

Thailand akan lancar Toyota GR Yaris 2021 – Malaysia pula seterusnya! 07

Toyota Yaris, pun bolehlah...

Ia adalah sebuah kereta yang layak diberi penghargaan dan kasih sayang, dijangka akan jadi lagenda di masa akan datang. Bagi kita yang nak versi biasa-biasa saja, sekurang-kurangnya kita boleh beli Toyota Yaris 2021 facelift. Selamat poket.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Toyota GR Yaris

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda