window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Thailand lagi penting daripada China, Haval H6 PHEV debut di pasaran jiran Malaysia

Faisal ยท Dec 2, 2021 11:00 AM

Thailand lagi penting daripada China, Haval H6 PHEV debut di pasaran jiran Malaysia 01

Great Wall Motors Thailand (GWM Thailand) di Thai Motor Expo 2021 nampaknya baru sahaja merasmikan versi hibrid plug-in (PHEV) buat Haval H6.

Thailand lagi penting daripada China, Haval H6 PHEV debut di pasaran jiran Malaysia 02

Kiranya, Thailand merupakan pasaran pertama yang menerima Haval H6 PHEV. Tempat kelahiran Haval sendiri, iaitu China tidak diberi penghormatan sebegini.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Thailand lagi penting daripada China, Haval H6 PHEV debut di pasaran jiran Malaysia 01

Menurut GWM Thailand, Haval H6 PHEV dikuasakan oleh enjin petrol 1.5L turbo, sama seperti varian Hybrid tetapi dengan lebih prestasi. Output keseluruhan mengembuskan 330 PS dan 530 Nm, hampir 100 PS lebih banyak daripada Haval H6 Hybrid (243 PS, 530 Nm tork).

Juga bacaSUV hibrid China ‘tapau’ Honda CR-V di Thailand, menjadi SUV segmen C terlaris pada Ogos 2021

Thailand lagi penting daripada China, Haval H6 PHEV debut di pasaran jiran Malaysia 02

Dari segi visual, apa yang membezakan varian PHEV dengan Hybrid adalah fasia depan yang lebih besar dimana gril yang digunakan turut hadir dengan elemen berlian.

Juga bacaPerbandingan Teknologi: Awal-awal kena 'tapau', mengapa Proton X70 tak boleh lawan Haval H6!

Thailand lagi penting daripada China, Haval H6 PHEV debut di pasaran jiran Malaysia 03

Selain daripada itu, reka bentuk rim 19 inci dan bampar belakang kekal sama seperti varian Hybrid.

Bagaimana dengan potensi di pasaran Malaysia?

Thailand lagi penting daripada China, Haval H6 PHEV debut di pasaran jiran Malaysia 04

GWM Thailand telahpun mengumumkan bahawa model yang dipasang di kilang Rayong akan dieksport ke sekitar rantau ASEAN, termasuklah Malaysia. Model ini juga akan turut ditawarkan di pasaran Indonesia dan Australia.

Thailand lagi penting daripada China, Haval H6 PHEV debut di pasaran jiran Malaysia 05

Haval H6 Hybrid untuk pasaran Thailand.

Persoalannya, apa perkembangan terbaru dari pengedar GWM di Malaysia? Kalau anda nak tahu, Go Auto buat masa ini seakan senyap sahaja. Malah, pasukan hubungan awam mereka juga telahpun dibubarkan.

Juga bacaRebiu ringkas Haval H6 2021 dari Thailand – bakal ke Malaysia untuk gulingkan Proton X70?

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda