window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Thailand lancar BMW XM - harga dari RM 1.89 juta, SUV 'bagak' yang akan tiba di Malaysia

Faisal · Mar 3, 2023 01:00 PM

Thailand lancar BMW XM - harga dari RM 1.89 juta, SUV 'bagak' yang akan tiba di Malaysia 01

Thailand nampaknya baru sahaja melancarkan BMW XM iaitu pada harga 14,899,000 THB (~RM 1.89 juta).

Thailand lancar BMW XM - harga dari RM 1.89 juta, SUV 'bagak' yang akan tiba di Malaysia 02

Secara standard, SUV mercu berprestasi tinggi dari BMW ini datang dengan roda 23 inci, lampu LED adaptif dan gril menyala ‘Iconic Glow’.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Thailand lancar BMW XM - harga dari RM 1.89 juta, SUV 'bagak' yang akan tiba di Malaysia 01

Dari segi teknikal, BMW XM menggunakan enjin 4.4L V8 twin-turbo yang dibantu oleh motor elektrik 197/280 Nm. Jumlah output keseluruhannya adalah sebanyak 653 PS dan 800 Nm tork. Kuasa sebanyak itu dihantar ke sistem pacuan semua roda M xDrive AWD melalui transmisi automatik 8 kelajuan.

Thailand lancar BMW XM - harga dari RM 1.89 juta, SUV 'bagak' yang akan tiba di Malaysia 02

Di konsoh tengahnya, terdapat butang M Hybrid yang mana pemandu boleh memilih 3 mod pemanduan termasuk mod elektrik penuh. Dalam mod ini, ia boleh pergi selaju 140 km/j dan menurut kitaran NEDC pula boleh capai sejauh 98 km. Menjadi trenkuasa yang dielektrifikasi, baterinya hadir dengan kapasiti 29.5 kWj.

Thailand lancar BMW XM - harga dari RM 1.89 juta, SUV 'bagak' yang akan tiba di Malaysia 03

Antara ciri prestasi yang dilengkapkan termasuklah ‘differential’ M Sport dan suspensi Adaptive M Suspension Professional.

Thailand lancar BMW XM - harga dari RM 1.89 juta, SUV 'bagak' yang akan tiba di Malaysia 04

Pada bahagian dalam, kabin BMW XM di Thailand datang dengan pelbagai sentuhan M termasuk trim gentian karbon. Yang menariknya adalah nyalaan struktur prisma pada bumbung suria panoramiknya

Thailand lancar BMW XM - harga dari RM 1.89 juta, SUV 'bagak' yang akan tiba di Malaysia 05

Antara kelengkapan lain yang ada termasuklah lampu ambient lighting, penyaman udara 4 zon, penyejuk dan pemanas tempat duduk beserta fungsi urut di hadapan, head-up display dan sistem audio Bowers & Wilkins.

Dalam masa yang sama, terdapat kluster digital dan infotainment 12.3 inci yang diselia oleh BMW Operasi System 8.

Thailand lancar BMW XM - harga dari RM 1.89 juta, SUV 'bagak' yang akan tiba di Malaysia 06

Untuk aspek keselamatan pula, SUV bagak ini lengkap dengan kawalan pelayaran adaptif yang berfungsi Stop&Go dan ciri bantuan parkir Parking Assistant Plus.
 

Thailand lancar BMW XM - harga dari RM 1.89 juta, SUV 'bagak' yang akan tiba di Malaysia 07

Kembali di Malaysia, BMW Malaysia telahpun membuka tempahan BMW XM pada Oktober tahun lalu yang mana harga anggarannya bermula dari RM 1.4 juta.

Juga bacaBMW Malaysia buka tempahan untuk BMW XM 2023 yang sebesar alam ini, dari RM 1.4 juta!

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 BMW XM

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda