Dengan pelancaran di India dan Vietnam baru-baru ini, Honda City 2023 facelift kini tembus pasaran Thailand pula.
Di sana, terdapat 5 varian yang meliputi 2 pilihan trenkuasa. Varian 1.0 S yang ada sebelum ini telah digugurkan.
Dengan pelancaran di India dan Vietnam baru-baru ini, Honda City 2023 facelift kini tembus pasaran Thailand pula.
Di sana, terdapat 5 varian yang meliputi 2 pilihan trenkuasa. Varian 1.0 S yang ada sebelum ini telah digugurkan.
Kalau anda tahu, harga sedan segmen B ini mengalami peningkatan antara 10k – 20k THB tetapi dinaik taraf dengan kelengkapan standard yang lebih banyak. Penawaran varian dan harga di Thailand adalah seperti di bawah:
Antara pembaharuan terbesar untuk City facelift adalah pada ADAS Honda Sensing yang mana kali ini merangkumi ciri Lead Car Departure Notification System (LCDN).
Satu lagi ciri baru adalah Low-Speed Follow (LSF) pada sistem kawalan pelayaran adaptifnya tetapi fungsi ini hanya untuk varian hybrid SV dan RS sahaja.
Selain daripada itu, ia kekal dengan 1.0L turbo 3-silinder (122 PS, 173 Nm) dengan transmisi CVT. Bagi anda yang belum tahu, penawaran enjin sekecil ini adalah untuk menepati piawaian Eco Car di sana.
Berkenaan varian hybrid yang disebutkan, ia beransur dengan enjin 1.5L i-MMD (109 PS, 253 Nm) sama yang dipadankan dengan transmisi E-CVT.
Masuk ke bahagian dalam, City facelift di Thailand diperbaharui dengan jahitan merah pada bahagian tempat duduk, dua port USB-C tambahan dan sokongan Apple CarPlay dan Android Auto pada sesetengah varian.
Minggu depan pula, Honda City facelift akan dilancar di pasaran Filipina. Jadi, yang tinggal hanya Indonesia dan Malaysia sahaja untuk pasaran Asia Tenggara.
Dengan Honda Sensing dilaporkan datang standard pada semua varian, harga City facelift di Malaysia nanti mungkin mengalami kenaikan. Untuk makluman anda, harga model sekarang adalah seperti berikut:
Juga baca: Filipina akan lancar Honda City 2023 facelift pada 13 Julai, harga naik 5% tapi Sensing standard!
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2023 Honda City 1.5L e:HEV RS
Upgrade
Add your car