window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Thailand lancar Honda PCX 160 2021, lebih berkuasa, harga bermula RM12,343

Khairil ยท Jan 8, 2021 02:00 PM

Thailand lancar Honda PCX 160 2021, lebih berkuasa, harga bermula RM12,343 01

Honda Motor Thailand secara rasminya melancarkan Honda PCX 160 2021 serba baharu untuk pasaran negara itu dengan dua varian bersama harga jualan bermula RM12,343.

Skuter Maxi itu yang menggunakan kerangka baharu itu adalah versi sama seperti yang dilancarkan di pasaran Jepun, penghujung tahun lalu tetapi dijual dalam dua varian iaitu Standard dan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS).

Thailand lancar Honda PCX 160 2021, lebih berkuasa, harga bermula RM12,343 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Varian Standard dilengkapi sistem brek cakera depan bersama sistem CBS dan brek dram belakang manakala varian ABS dilengkapi sistem brek cakera depan (ABS) dan brek cakera di belakang.

Thailand lancar Honda PCX 160 2021, lebih berkuasa, harga bermula RM12,343 01

Spesifikasi teknikal yang lain adalah sama untuk kedua-dua varian iaitu dikuasakan enjin eSP+ baharu bersesaran 156.93cc (liquid-cooled, 4-stroke, OHC, single-cylinder).

Thailand lancar Honda PCX 160 2021, lebih berkuasa, harga bermula RM12,343 02

Menariknya ialah enjin berkenaan kini dilengkapi dengan empat injap yang lebih cekap berbanding dua injap pada model Honda PCX150 yang masih dijual di Malaysia ketika ini yang hanya menggunakan dua injap.

Tiada angka kuasa rasmi ditunjukkan berdasarkan laman web Honda Motor Thailand namun mengikut spesifikasi di Jepun, kuasa yang dihasilkan juga lebih tinggi berikutan nisbah mampatan tinggi 12:1 iaitu 16Hp pada 8,500rpm manakala tork 15Nm pada 6,500rpm.

Thailand lancar Honda PCX 160 2021, lebih berkuasa, harga bermula RM12,343 03

Sama seperti PCX 160 yang dijual di Jepun, versi yang diperoleh di Thailand turut dilengkapi Honda Selectable Torque Control (HSTC), ruang bagasi di bawah tempat duduk dengan keluasan 30 liter, pengecas USB Type-C yang diletakkan di konsol dalaman di bahagian depan dan sistem Smart Key yang canggih.

Thailand lancar Honda PCX 160 2021, lebih berkuasa, harga bermula RM12,343 04

Thailand lancar Honda PCX 160 2021, lebih berkuasa, harga bermula RM12,343 05

Thailand lancar Honda PCX 160 2021, lebih berkuasa, harga bermula RM12,343 06

Sistem suspensi pula adalah fork depan teleskopik dan penyerap hentak belakang jenis berkembar. Ia dipadankan dengan tayar tanpa tiub berukuran 110/70-14M/C 50P dan 130/70-13M/C 63P.

Thailand lancar Honda PCX 160 2021, lebih berkuasa, harga bermula RM12,343 07

Kapasiti tangki bahan apinya ialah 8.1 liter dengan berat 129kg bagi varian standard dan 131kg bagi ABS.

Antara ciri-ciri lain ialah panel meter digital sepenuhnya, sistem lampu depan dan belakang LED sepenuhnya, serta dua pilihan warna untuk varian ABS dan tiga pilihan warna untuk varian Standard.

Thailand lancar Honda PCX 160 2021, lebih berkuasa, harga bermula RM12,343 08

Belum ada sebarang informasi bila ia akan dilancarkan di Malaysia namun jika melihat kepada laman web rasmi Boon Siew Honda, tiada lagi model PCX 150 dipaparkan.

Justeru peminat sudah boleh mula memasang impian untuk mendapatkannya.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda