window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Thailand mahu semua kereta elektrik menjelang 2035, enjin pembakaran gugur berperingkat

Mersita ยท Apr 23, 2021 05:00 PM

Thailand mahu semua kereta elektrik menjelang 2035, enjin pembakaran gugur berperingkat 01

Sumber foto

Semakin banyak negara bergerak ke arah elektrifikasi dan pelan pelepasan sifar karbon. Dalam satu langkah berani, Thailand merangka satu pelan untuk menyasarkan jualan kenderaan pelepasan sifar karbon sahaja di negara itu menjelang tahun 2035.

Langkah ini sejajar dengan usaha negara itu untuk transformasi daripada menjadi hab Asia Tenggara bagi penghasilan kenderaan konvensional kepada hab yang menghasilkan kenderaan elektrik pula.

Thailand mahu semua kereta elektrik menjelang 2035, enjin pembakaran gugur berperingkat 02

Foto AFP

Dalam satu temuramah dilaporkan Bloomberg, penasihat jawatankuasa polisi nasional Kementerian Tenaga Thailand, Kawin Thangsupanich, berkata mereka boleh melihat dunia sedang menghala ke arah itu (kenderaan elektrik), oleh itu mereka harus bergerak pantas.

“Kami mahu menguasai pertumbuhan itu selepas pandemik, dan kami bercita-cita untuk menjadi pusat penghasilan kerana kami sudah ada rangkaian pembekal sedia ada,” kata beliau.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pelan negara itu juga adalah untuk menyasarkan 50 peratus daripada semua pendaftaran kereta baharu terdiri daripada kenderaan elektrik menjelang penghujung dekad ini – peningkatan daripada sasaran 30 peratus (termasuk kereta, motosikal, bas) dalam perancangan terdahulu apabila negara itu merancang untuk menghasilkan 750,000 kenderaan elektrik setahun menjelang 2030.

Thailand mahu semua kereta elektrik menjelang 2035, enjin pembakaran gugur berperingkat 01

Belum ada perkembangan elektrifikasi bagi tuk tuk. Foto: Unsplash

Pengguguran kenderaan enjin pembakaran dari pasaran Thailand akan dilakukan secara berperingkat.

Menurut angka sasaran dari Kementerian Tenaga Thailand, 4 peratus kenderaan elektrik disasarkan bagi pasaran auto negara itu menjelang tahun hadapan (2022), 30 peratus menjelang 2025, 50 peratus menjelang 2030, dan 100 peratus menjelang 2035.

Tambah Kawin lagi, bagi membantu pencapaian sasaran ini, kerajaan Thailand akan menawarkan insentif cukai, membina infrastruktur yang diperlukan, serta merangka undang-undang yang menggalakkan pengilangan kenderaan elektrik. Konsumer juga diberi insentif seperti diskaun parkir dan pengecualian cukai untuk menggalakkan pembelian kereta mesra-alam ini.

Thailand mahu semua kereta elektrik menjelang 2035, enjin pembakaran gugur berperingkat 02

Pada November lalu, kerajaan Thailand juga telah meluluskan insentif baharu bagi meningkatkan penghasilan kenderaan elektrik serta rangkaian bekalannya, termasuklah pengecualian cukai tiga tahun bagi pengilang kenderaan hibrid plug-in, dan pengecualian cukai pendapatan korporat selama lapan tahun bagi pembuat kenderaan elektrik berkuasakan bateri.

Baca juga: Indonesia naikkan cukai kereta hibrid, ‘paksa’ pengguna berubah ke kereta elektrik?

Thailand mahu semua kereta elektrik menjelang 2035, enjin pembakaran gugur berperingkat 03

Pemasangan trak pikap di kilang Toyota di Thailand. Foto: Reuters

Lebih kurang separuh daripada kereta yang dihasilkan di Thailand diekspot ke negara-negara luar termasuklah Filipina, Indonesia, dan Malaysia. Menurut Electric Vehicle Association of Thailand, kenderaan elektrik berbateri merangkumi kurang daripada 1 peratus dalam keseluruhan kereta di Thailand dan jika pengambilan kenderaan elektrik dibiarkan tumbuh secara organik, ia akan mengambil masa terlalu lama.

Baca juga:

Cukai untuk kereta elektrik (EV) bakal jadi 0% di Malaysia, tetapi ada syaratnya!

Spyshot: Ora Good Cat, kereta elektrik bawah RM 100k dilihat di Malaysia! Sesuai ke?

Kereta elektrik bakal ancam industri alat ganti dan servis?

Mercedes-Benz Malaysia gesa Malaysia lebih maju dalam pelaksanaan kereta elektrik?

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda