window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Thailand melancarkan Suzuki XL7 2020, adakah kita akan dapat juga selepas ini?

Mersita Β· Jul 7, 2020 01:00 PM

Thailand melancarkan Suzuki XL7 2020, adakah kita akan dapat juga selepas ini? 01

Suzuki Motor (Thailand) Co., Ltd. menambah lagi satu model baru dalam koleksinya dengan pengenalan Suzuki XL7 2020 serba baharu pada 2 Julai lepas. Ini menandakan pelancaran ketiga di Thailand untuk Suzuki tahun ini – pelancaran pertama dan kedua ialah sedan Suzuki Ciaz 2020 dan Suzuki Ertiga 2020 dengan 7 tempat duduk.

Thailand melancarkan Suzuki XL7 2020, adakah kita akan dapat juga selepas ini? 02

Sama tapi lain: Ertiga (atas) dan XL7 (bawah)

Padan dengan namanya, XL7 adalah MPV 7-tempat duduk dengan 3 barisan yang tidak jauh bezanya dengan rupa bentuk Ertiga, tetapi dengan rupa yang lebih ‘rugged’. Ia berukuran 4,450 mm panjang, 1,775 mm lebar, 1,710 mm tinggi dan mempunyai jarak roda 2,740 mm.

XL7 dibina untuk menghasilkan kombinasi pemanduan di sekitar dan luar dari bandar dan ia direka untuk bertahan dengan semua kondisi dan rupa bumi di Thailand. Kereta ini mempunyai ruang jarak dengan tanah sebanyak 200 mm.

Thailand melancarkan Suzuki XL7 2020, adakah kita akan dapat juga selepas ini? 03

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Berdasarkan spesifikasinya, XL7 dilengkapi dengan lampu hadapan dan lampu brek LED, daytime running lights, gerbang tayar berplastik hitam dan rel atap untuk bagasi tambahan.

Bahagian dalamannya termasuklah skrin sentuh 10 inci serta kawalan penghawa dingin yang berasingan untuk barisan tengah dan belakang sekali. Ada beberapa kelengkapan lain turut disediakan seperti ‘keyless entry’ dan 8 pemegang cawan.

Thailand melancarkan Suzuki XL7 2020, adakah kita akan dapat juga selepas ini? 01

Keluasan but pula adalah sebanyak 153 liter dengan barisan ketiga dipasang, tetapi boleh mencapai 550 liter apabila kerusi diturunkan. Apabila kedua-dua tempat duduk barisan kedua dan ketiga diturunkan, kapasiti ruang simpanan maksimum boleh dicapai iaitu 803 liter.

Thailand melancarkan Suzuki XL7 2020, adakah kita akan dapat juga selepas ini? 02

Janaan kuasa XL7 datang daripada enjin petrol 1.5 liter ‘naturally-aspirated’ dengan 4 silinder yang menjana kuasa 105 PS dan tork 138 Nm, dipadankan pula dengan transmisi automatik 4-kelajuan.

Dari segi keselamatan pula, ada 2 beg udara di hadapan, serta ABS dengan EBD, ESP, Hill Hold Control dan titik pemberat ISOFIX.

Thailand melancarkan Suzuki XL7 2020, adakah kita akan dapat juga selepas ini? 03

Secara keseluruhannya, kereta ini mempunyai pakej yang dipenuhi dengan kelengkapan dengan harga pelancarannya iaitu 779,000 baht (RM 107,245)*, meletakkannya pada posisi selesa dengan Mitsubishi Xpander, iaitu model yang dijangkakan sampai di pasaran kita.

Ya, harganya agak mahal, tetapi perlu diingatkan bahawa harga yang disenaraikan di sini tidak tertakluk pada pasaran kita disebabkan oleh struktur cukai yang berbeza.

Ini adalah perkara yang penting untuk diambilkira kerana banyak ura-ura yang mengatakan Suzuki barangkali akan muncul semula di Malaysia di bawah naungan Naza Group of Companies.

Apabila XL7 dan Xpander sampai di negara kita, kedua-dua kereta ini akan bersaing dengan Toyota Rush, Perodua Aruz dan Honda BR-V. Lebih banyak pilihan, lebih untunglah pada pembeli.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? Β  Jual kereta anda