window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

The Catcher – filem ala-Fast & Furious paling mahal di Malaysia, papar kisah ‘drift king’

Mersita · Oct 5, 2021 07:00 PM

The Catcher – filem ala-Fast & Furious paling mahal di Malaysia, papar kisah ‘drift king’ 01

Siapa tak kenal francais filem Fast & Furious yang menjadi inspirasi untuk segenap lapisan masyarakat – dari si kecil yang terpupuk minatnya dalam dunia sukan permotoran sehinggalah ke peminat sukan itu yang menunggu-nunggu kemunculan siri seterusnya. Kini, warga Malaysia akan boleh berbangga dengan versi Fast & Furious kita sendiri kerana filem ‘The Catcher’ akan mula masuk produksi tak lama lagi.

‘The Catcher’, iaitu filem paling mahal di Malaysia setakat ini dengan dana lebih RM 50 juta, akan diterbitkan bersama oleh Hundred Years Popcorn Production Sdn Bhd dan Labuan Overseas Holding Bhd. Pengasas Hundred Years Popcorn Production, Ong Peng Chu berkata penggambaran filem ini akan bermula pada bulan Mei tahun hadapan dan filem ini dijangka akan siap pada tahun 2023.

The Catcher – filem ala-Fast & Furious paling mahal di Malaysia, papar kisah ‘drift king’ 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Filem penuh adrenalin ini berkisar tentang kehidupan peminat-peminat ubahsuai kereta yang dahagakan aksi dan menceritakan kisah seorang remaja lelaki dari bandar kecil yang bercita-cita untuk menjadi “raja drift”.

“Watak ini berusaha keras untuk menang setiap perlumbaan sambil berdepan dengan saingan sengit dari seluruh dunia, bertemankan ‘supercars’ dengan pelbagai ubahsuai,” kata Ong.

Bercakap ketika sidang media bagi pelancaran filem ini di Reevo Merchant Lounge di OneCity Mall, Subang Jaya pada Ahad lalu, Ong berkata penggambaran ‘The Catcher’ akan dijalankan di sekitar Lembah Klang, Port Dickson, dan Gurun, Kedah.

The Catcher – filem ala-Fast & Furious paling mahal di Malaysia, papar kisah ‘drift king’ 01

Ong juga berkata filem ini akan memaparkan beberapa nama-nama besar dari industri tempatan dan juga luar negara. Penggambaran akan mengambil masa lapan bulan, dan selain menayangkannya di panggung wayang, ia juga mungkin akan ditayangkan di platform video atas-talian, katanya.

Pelancaran filem itu juga dihadiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Labuan Overseas Holding Burhanudin Mohd Yusoff, pengasas Robotz Datuk Seri Jeffrey Teoh, dan penasihat filem merangkap Bapa Sukan Permotoran China Joe Lim.

Bagi aspek kereta yang akan ditayangkan, Teoh memberitahu ‘The Catcher’ akan memaparkan 500 kereta berkuasa tinggi milik Robotz Car Club.

“Kami di Robotz selama ini sememangnya terinspirasi oleh francais filem Fast & Furious yang memaparkan Vin Diesel. Kami berharap untuk mencontohi kecemerlangan siri filem ini dalam konteks rakyat Malaysia,” kata Teoh.

Menurut Joe Lim, filem ini akan memperkenalkan satu jenama kelengkapan dan servis permotoran baharu dipanggil Enhance. Beliau berkata Enhance akan mempunyai satu zon ubahsuai kenderaan bermotor di OneCity Mall, stesen minyak canggih di Cyberjaya, dan sebuah bandar otomotif di Gurun, Kedah yang akan menjadi sebahagian daripada lokasi penggambaran filem berkenaan.

The Catcher – filem ala-Fast & Furious paling mahal di Malaysia, papar kisah ‘drift king’ 02

Bandar otomotif baharu berkeluasan 1,214 hektar ini merupakan satu usahasama antara Enhance dan kerajaan negeri Kedah. Ia akan dilengkapi dengan litar lumba, fasiliti bertaraf resort, akademi pemanduan, dan juga kolej kejuruteraan otomotif.

Di samping itu, Burhanudin berkata ‘The Catcher’ akan menarik minat ramai pelabur besar dan membuka peluang untuk pelaburan dalam industri berkait dengan kenderaan. Pada masa sama, ini akan merangsang pemulihan ekonomi kita, katanya.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda