window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tiada asas, Razlan nafi abai kebajikan SuperKIP, prestasi 'KPI' utama

Khairil ยท Dec 28, 2020 07:00 PM

Tiada asas, Razlan nafi abai kebajikan SuperKIP, prestasi 'KPI' utama 01

Prinsipal Petronas Sprinta Racing, Datuk Razlan Razali menegaskan pasukan berkenaan sentiasa memberikan bantuan terbaik kepada Khairul Idham Pawi sepanjang dua musim pelumba negara itu beraksi bersama pasukan berkenaan.

Razlan berkata demikian bagi menafikan dakwaan bapa kepada pelumba dengan julukan SuperKIP itu yang menyatakan pengurusan pasukan berkenaan mengabaikan kebajikan pelumba itu sepanjang dia berada dengan pasukan itu selama dua musim sejak 2018.

Tiada asas, Razlan nafi abai kebajikan SuperKIP, prestasi 'KPI' utama 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bapa kepada SuperKIP, Pawi Omar melakukan pendedahan berkenaan menerusi satu temu ramah bersama sebuah laman blog, baru-baru ini.

"Kadangkala keputusan yang kita buat kurang popular dan bukan boleh buat semua orang gembira terutamanya pihak KIP dan keluarganya, tapi bagi kita Moto3 ini merupakan kejuaraan dunia dan bukannya kejuaraan kebangsaan dan persembahan (konsisten) adalah keutamaan kita,” kata Razlan.

Tiada asas, Razlan nafi abai kebajikan SuperKIP, prestasi 'KPI' utama 01

Kontrak KIP bersama Petronas Sprinta Racing tidak disambung dan tempatnya digantikan oleh pelumba Afrika Selatan, Darryn Binder yang bakal bergandingan bersama pelumba Scotland, John McPhee dalam saingan Moto3 pada musim hadapan.

Tiada asas, Razlan nafi abai kebajikan SuperKIP, prestasi 'KPI' utama 02

Dalam pada itu, Razlan turut memberi bayangan pasukan berkenaan bakal dibarisi sekurang-kurangnya seorang pelumba tempatan bagi Kejuaraan Dunia dalam kelas Moto3 pada musim 2022.

Katanya, dua pelumba Adam Norrodin atau Syarifuddin Azman berpeluang mengisi salah satu slot untuk pasukan berkenaan dalam saingan Moto3 pada 2022 sekiranya mereka mampu melakar keputusan cemerlang dalam saingan Kejuaraan FIM CEV Eropah pada musim hadapan.

Tiada asas, Razlan nafi abai kebajikan SuperKIP, prestasi 'KPI' utama 03

Adam mewakili pasukan LIQUI MOLY Intact SIC Junior Team dalam kategori Moto2, manakala Syariffudin yang mesra dengan panggilan 'Damok' beraksi dengan pasukan Monlau Motorsports dalam kategori Moto3 pada Kejuaraan FIM CEV Eropah.

"Kalau (salah seorang) buat yang terbaik pada tahun hadapan, Insya-Allah,  tahun 2022 mereka akan diserapkan masuk ke dalam pasukan kita, namun keputusan akhir daripada kita sendiri dan bukannya PETRONAS yang merupakan penaja utama (title sponsor),” katanya kepada Bernama, baru-baru ini.

Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2021 akan membuka tirai saingan menerusi pusingan pertama di Litar Antarabangsa Losail, Qatar dari 16-18 Mac 2021.

 

Sumber BERNAMA

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda