window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tiada di Malaysia, jom intai Kawasaki Versys-X 250 versi 2020 di Indonesia

Khairil ยท Dec 20, 2020 04:00 PM

Tiada di Malaysia, jom intai Kawasaki Versys-X 250 versi 2020 di Indonesia 01

Kawasaki Versys-X 250, jentera 'Adventure' kelas permulaan yang dilancarkan di Malaysia pada 2017 memang berjaya menarik perhatian ramai peminat motosikal tempatan ketika itu.

Tiada di Malaysia, jom intai Kawasaki Versys-X 250 versi 2020 di Indonesia 02

Sumber imej: Bennetts Insurance

Apa tidaknya, bukan saja ia hadir dengan reka bentuknya yang ranggi, teknologi yang diberikan oleh Kawasaki juga boleh dianggap cukup baik.

Paling mengasyikkan, ketika ia dilancarkan, Versys-X 250 adalah satu-satunya motosikal adventure touring dalam kelas 250cc ketika itu.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tiada di Malaysia, jom intai Kawasaki Versys-X 250 versi 2020 di Indonesia 01

Justeru, ia bukan saja diminati oleh pembeli yang gemarkan pengembaraan, malah pengguna biasa kerana ia juga sesuai ditunggang di kawasan bandar.

Malah selepas beberapa tahun di pasaran, permintaan untuk varian itu masih wujud ketika negara jiran, Indonesia sudah pun mendapat versi yang dikemaskini, tahun ini.

Tiada di Malaysia, jom intai Kawasaki Versys-X 250 versi 2020 di Indonesia 02

Berdasarkan pemerhatian daripada pengguna Versys-X 250, rata-rata mereka berpuas hati dengan prestasi, ketahanan yang ditawarkan oleh jentera berkenaan.

Tiada di Malaysia, jom intai Kawasaki Versys-X 250 versi 2020 di Indonesia 03

Dan apa yang utama, penunggangnya tidak perlu untuk 'upgrade' lesen motosikal mereka.

Berdasarkan penelitian yang dibuat di laman rasmi Kawasaki Malaysia, hanya model 2017 dipaparkan dan di laman web jual beli pula, tiada model yang baharu berada di pasaran.

Tiada di Malaysia, jom intai Kawasaki Versys-X 250 versi 2020 di Indonesia 04

Justeru, adakah berbaloi untuk versi 2020 Versys-X 250 dibawa masuk ke Malaysia atau mungkin Kawasaki Malaysia mahu menawarkan sesuatu yang berbeza untuk pasaran tempatan, ia masih belum diketahui.

Menurut laman web Kawasaki Indonesia, model Versys-X 250 2017 diberikan tanda harga 63,700,000 IDR (RM18,197) manakala versi 2020 dengan tanda harga 67,900,000 IDR (RM19,406).

Apa yang berubah?

Tidak banyak perubahan daripada sudut reka bentuk mahupun teknikal Versys-X 250 2020 namun kemas kini itu lebih kepada sudut kosmetik.

Apa yang paling ketara adalah Versys-X 250 jika berdasarkan gambar di laman web berkenaan, i turut dilengkapkan dengan dua kotak bagasi di bahagian kiri dan kanan belakang selain warnanya (Grey) dan grafik (warna hijau) selain pelindung tangan.

Tiada di Malaysia, jom intai Kawasaki Versys-X 250 versi 2020 di Indonesia 05

Dari sudut mekanikal dan enjin, ia masih dijana enjin 249cc DOHC 4-injap kembar selari (parallel-twin) dengan penyejukan cecair bersama transmisi 6-kelajuan. Motosikal ini berupaya menghasilkan kuasa setinggi 32Hp dan tork 21.7Nm.

Dari sudut pengendalian, roda depan dipadankan fork teleskopik bersama suspensi travel 170mm manakala belakang menggunakan penyerap hentak tunggal (Monoshock).

Seperti kebanyakan jentera Adventure atau Touring, bahagian rim depan Versys-X 250 lebih besar iaitu saiz 19 inci manakala belakang 17 inci.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda