window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tiada GP Malaysia 2021, apa 'respon' Hafizh Syahrin?

Khairil ยท Aug 21, 2021 02:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Bersaing dalam kancah Moto2 bersama pasukan NTS RW Racing GP musim ini, kali terakhir Hafizh beraksi di hadapan ribuan penyokongnya sendiri di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) adalah pada musim 2019 dalam kancah elit MotoGP bersama pasukan Tech3 KTM.

Penganjuran GP Malaysia 2021 dibatalkan berikutan situasi semasa pandemik Covid-19 di Malaysia yang mengakibatkan sekatan perjalanan ketat dilaksanakan di negara ini. Ia mengikuti pembatalan di beberapa venue di Asia seperti Jepun, Thailand dan Australia.

Tiada GP Malaysia 2021, apa 'respon' Hafizh Syahrin? 01

Selain kecewa dengan situasi berkenaan, Hafizh turut menyuarakan kebimbangan mengenai masa depannya dalam kancah perlumbaan itu selepas musim ini berakhir.

Juga baca: GP Malaysia 2021 dibatalkan, tiada kelibat Valentino Rossi, bintang MotoGP di Sepang!

Tiada GP Malaysia 2021, apa 'respon' Hafizh Syahrin? 02

"Bagi saya ketiadaan perlumbaan di Sepang memang sangat mengecewakan. Dari sudut saya, saya tidak pernah berlumba dalam kelas Moto2 yang menggunakan enjin Triumph di sana dengan kali terakhir saya berlumba di Sepang adalah bersama pasukan KTM dalam saingan MotoGP," kata Hafizh.

"Saya juga tidak tahu bagaimana masa depan saya seperti kalau saya tidak lagi berlumba pada tahun hadapan dan belum pasti ada pelumba Malaysia yang berlumba musim hadapan kerana ia agak sukar."

Tiada GP Malaysia 2021, apa 'respon' Hafizh Syahrin? 03

Selain Hafizh, antara figura yang dinanti-nantikan ribuan peminat MotoGP di Malaysia adalah legenda Itali, Valentino Rossi yang sudah pun mengucapkan selamat tinggal kepada saingan berkenaan sejurus musim ini berakhir.

Juga baca: TMJ tunjuk minat nak taja, motivasi Hafizh Syahrin melonjak!

"Selain itu, ramai peminat yang nak melihat Valentino Rossi berlumba buat kali terakhir di Sepang dan harapan itu tidak menjadi kenyataan," kata Hafizh yang mengakui perlumbaan MotoGP yang berulang kali berlangsung di Eropah memberikan rasa bosan kepada dirinya.

"Bagi saya memang kurang seronok kerana tiada perlumbaan di Jepun, Australia dan Malaysia. Tetapi apapun, Insyaallah ada rezeki kita jumpa di tahun hadapan."

Sumber imej: FB SIC, FB RW Racing GP

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda