window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tiada halangan kenderaan lebih 10 tahun dibenarkan di atas jalan raya, jika diselenggara dengan baik!

Haris · Mar 30, 2023 11:59 AM

Tiada halangan kenderaan lebih 10 tahun dibenarkan di atas jalan raya, jika diselenggara dengan baik! 01

Polisi mengenai pelupusan kenderaan sekali lagi menjadi perhatian apabila Kementerian Pengangkutan mendedahkan bahawa kenderaan berusia lebih 10 tahun ke atas jika diselenggara dengan baik, akan dibenarkan berada di atas jalan merujuk kepada polisi itu.

Timbalan Menterinya, Hasbi Habibollah berkata kenderaan buruk atau usang yang dimasukkan dalam kategori pelupusan didefinasikan sebagai kereta atau motor yang tidak lagi boleh digunakan untuk apa tujuan sekali pun serta tersadai begitu lama hingga seluruh strukturnya rosak.

Tiada halangan kenderaan lebih 10 tahun dibenarkan di atas jalan raya, jika diselenggara dengan baik! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Kita bercerita mengenai kenderaan usang, ada kenderaan berusia kalau sentiasa dijaga, tahan lama lagi dan lulus dari segi pengeluaran asap dan sebagainya boleh digunakan di atas jalan raya.

“Itu kita tak halang. Cuma yang kita maksudkan ialah kereta yang betul-betul rosak, yang tak boleh lagi di bawa atas jalan raya dan mati di jalan raya. Pemilik kereta itu sendiri boleh tahu kenderaannya selamat atau tidak.

Baca: Wee - tak cukup meyakinkan, melupus kereta berusia lebih 10 tahun belum sesuai dibuat di Malaysia

Tiada halangan kenderaan lebih 10 tahun dibenarkan di atas jalan raya, jika diselenggara dengan baik! 01

“Ada kenderaan yang berpuluh tahun usianya, tapi masih berada dalam keadaan baik, itu dibolehkan. Ianya tak menjejaskan apa-apa mengenai kenderaan yang berusia lebih 10 tahun,” katanya.

Hasbi berkata pelupusan kenderaan dan kelestarian alam sekitar bukan sahaja di bawah tanggungjawab MOT, tetapi turut melibatkan kerjasama dengan kementerian lain seperti Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta agensi lain.

Tiada halangan kenderaan lebih 10 tahun dibenarkan di atas jalan raya, jika diselenggara dengan baik! 02

“Dalam hal ini, kementerian melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedia bekerjasama dengan agensi kerajaan terlibat untuk mengkaji hala tuju jangka masa panjang mengenai perkara ini termasuk mengkaji konsep pelupusan kenderaan usang.

“Pelaksanaan sistem pelupusan ini berupaya menyumbang kepada peningkatan tahap keselamatan jalan raya, mengurangkan pencemaran daripada kenderaan yang telah lama dan berusia serta merancakkan permintaan kenderaan yang akan menyumbang kepada kelestarian sektor automotif negara.

Tiada halangan kenderaan lebih 10 tahun dibenarkan di atas jalan raya, jika diselenggara dengan baik! 03

Menyedari kepentingan ini, kementerian dalam proses membangunkan sistem melalui aplikasi atau kaedah digital yang lain bagi pembatalan pendaftaran kenderaan motor secara atas talian,” ujar beliau.

Beliau mendakwa kaedah itu membolehkan pembatalan pendaftaran kereta tanpa pemilik hadir secara fizikal di kaunter JPJ, bagi memudahkan sesiapa sahaja yang mahu melupuskan kereta yang rosak atau rosak.

Tiada halangan kenderaan lebih 10 tahun dibenarkan di atas jalan raya, jika diselenggara dengan baik! 04

Sebuah firma pelupusan sisa pepejal berlesen (AATF) kemudiannya akan melupuskan kenderaan berbahaya itu mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab.

Beliau berkata, pelaksanaan inisiatif itu akan menamatkan amalan kereta usang dan ketinggalan zaman dibuang di seluruh negara. - Malaysia Gazette

Baca: Dokumen asal & pemilik meninggal antara punca kereta lama di Malaysia sukar dilupuskan

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda