window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tiada jalan mudah seperti Ativa, Raize/Rocky di Indonesia dibayangi Nissan Magnite dan Kia Sonet?

Haris · May 10, 2021 09:00 AM

Tiada jalan mudah seperti Ativa, Raize/Rocky di Indonesia dibayangi Nissan Magnite dan Kia Sonet? 01

Harga kereta yang rendah adalah angan-angan setiap rakyat Malaysia. Disebabkan oleh pasaran automotif negara yang jumud, kita melihat pasaran negara jiran yang terbuka kini jauh lebih mampan dan kompetitif, suatu kelebihan untuk pembeli.

Tiada jalan mudah seperti Ativa, Raize/Rocky di Indonesia dibayangi Nissan Magnite dan Kia Sonet? 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Situasi Perodua Ativa menjadi SUV paling laris sebulan selepas pelancarannya adalah sesuatu yang dijangkakan. Namun begitu, lain pula ceritanya dengan kembar Toyota Raize dan Daihatsu Rocky. Selain perlu bersaing sesama sendiri, model sedia ada Kia Sonet dan Nissan Magnite pula tidak akan memberikan jalan mudah buat Toyota-Daihatsu.

Harga - Tiada kelebihan cukai buat Raize/Rocky

Tiada jalan mudah seperti Ativa, Raize/Rocky di Indonesia dibayangi Nissan Magnite dan Kia Sonet? 01

Toyota Raize GR Sport untuk pasaran Indonesia

Melihat kepada perbandingan harga antara Toyota Raize, Daihatsu Rocky, Nissan Magnite dan Kia Sonet, rakyat Indonesia sedikit beruntung. Malah, boleh dikatakan rakyat Malaysia tidak akan merasai potensi SUV-SUV kompak lain dengan harga Perodua Ativa yang memancung.

Perbandingan harga adalah seperti berikut:

SUV segmen B Indonesia
Model Harga (IDR) Tukaran Matawang (MYR)
Toyota Raize

Rp 220 j - Rp 266 j

RM 63k - RM 77k
Nissan Magnite

Rp 209 j - Rp 239 j

RM 59k - RM 69k
Kia Sonet

Rp193 j- Rp 289 j

RM 55k - RM 83k

Tiada jalan mudah seperti Ativa, Raize/Rocky di Indonesia dibayangi Nissan Magnite dan Kia Sonet? 02

Pasaran Indonesia tertutup kepada negara jiran - mengenakan kuota import kepada model keluaran Malaysia - tetapi masih terbuka untuk pengeluar bersaing di negara tersebut. Hasilnya, Nissan Magnite dan Kia Sonet yang berstatus CBU India masih boleh ditawarkan pada harga yang kompetitif. Tak main cukai-cukai yang terang-terangan berat sebelah.

Tiada jalan mudah seperti Ativa, Raize/Rocky di Indonesia dibayangi Nissan Magnite dan Kia Sonet? 03

Di Malaysia, pengeluar yang telah memberi komitmen untuk membangunkan kilang pemasangan di Malaysia juga masih tidak dapat menandingi harga jenama domestik. Persaingan tidak sihat ini menyaksikan beberapa model dan jenama sedikit demi sedikit beralih ke negara jiran. Siapa yang mahu melabur di Malaysia jika hampir 70% daripada jumlah pasaran tak dapat ditembusi? 

Trenkuasa - Paling rendah dalam pasaran

Tiada jalan mudah seperti Ativa, Raize/Rocky di Indonesia dibayangi Nissan Magnite dan Kia Sonet? 04

Enjin 1KR-VET yang turut dilengkapi pada Perodua Ativa bukanlah saingan bagi 2 SUV kompak lain. Malah, ia adalah enjin yang paling lemah dalam segmennya. Berikut adalah perbandingan enjin tersebut:

Spesifikasi SUV kompak di Indonesia
Model Rocky  Raize  Magnite Sonet
Enjin 1KR-VET, 3-silinder, Turbocharger HRA0, 3-silinder, Turbocharger 1.5L Gamma II Smartstream Engine
Kapasiti (cc) 996 cc 999 cc 1.497 cc
Kuasa Kuda 98 PS @6.000 rpm 100 PS @5.000 rpm 114 PS @6.300 rpm
Tork 140 Nm @2.400 - 4.000 rpm 152 Nm @2.800 - 3.600 rpm 144 Nm @4.500 rpm
Transmisi CVT CVT iVT

Tiada jalan mudah seperti Ativa, Raize/Rocky di Indonesia dibayangi Nissan Magnite dan Kia Sonet? 05

Potensi besar, promosi kurang

Setakat ini di Malaysia, kita dapat merasai enjin 1.0 liter turbo HRA0 pada Nissan Almera 2021. Ia mencatatkan penjimatan minyak paling rendah (setakat ini) dalam ujian dunia nyata Wapcar. Nissan Magnite nampaknya menawarkan saingan yang paling kuat kepada Raize/Rocky dengan pilihan enjin ini.

Ciri dan kelengkapan - citarasa dan keutamaan

Tiada jalan mudah seperti Ativa, Raize/Rocky di Indonesia dibayangi Nissan Magnite dan Kia Sonet? 06

Walaupun harga Kia Sonet dan Nissan Magnite lebih rendah, ia masih dilengkapi dengan ciri-ciri yang baik. Kedua-duanya mempunyai Apple CarPlay dan Android Auto dan sistem pengawasan angin tayar (TPMS). Kia Sonet juga tampil dengan bumbung suria manakala Nissan Magnite ada kamera 360 darjah.

Unik pada Toyota Raize dan Daihatsu Rocky adalah sistem bantuan pemandu ADAS. Walaupun bukan suatu jaminan keselamatan tetapi ia tetapi nilai tambah yang sangat baik. Seperti biasa, Toyota sangat mengambil berat tentang keselamatan pelanggan mereka.

Kesimpulan - Pasaran tertutup menguntungkan sesetengah pihak sahaja?

Tiada jalan mudah seperti Ativa, Raize/Rocky di Indonesia dibayangi Nissan Magnite dan Kia Sonet? 07

Kita patut berbangga kerana mempunyai jenama kereta domestik tetapi apa kata lihat industri ini dari mata burung dan bukannya dari dalam tempurung. Pasaran tertutup hanya menguntungkan sebelah pihak sebenarnya di mana potensi sebenar industri automotif Malaysia masih belum diterokai.

Tiada jalan mudah seperti Ativa, Raize/Rocky di Indonesia dibayangi Nissan Magnite dan Kia Sonet? 08

Sebagai penanda aras, industri automotif Thailand mencatatkan hampir 2 juta pengeluaran kenderaan untuk populasi penduduk seramai 69 juta orang. Malaysia pula hanya mencatatkan sekitar 600k jumlah pengeluaran kenderaan untuk 33 juta penduduk.

Malaysia berpotensi untuk mencapai sehingga 1 juta pengeluaran kenderaan tetapi kita yang mengundinya supaya ia kekal sebagai potensi.

Bacaan Lanjut:

Polisi automotif Thailand dilihat mensabotaj Malaysia. Tiada lagi eksport Proton Saga selepas ini?

Proton, Perodua terlalu selesa. Hyundai-Kia mendominasi, kerajaan Korea beri sasaran, bukan ganjaran

Proton ingin mengeksport Proton X70, tapi susah betul! Kenapa sampai begitu?

 

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Perodua Ativa 1.0L Turbo X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda