window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tiada kenaikan harga kereta tahun 2021, kerajaan batal rancangan kiraan harga OMV

Haris ยท Dec 28, 2020 03:00 PM

Tiada kenaikan harga kereta tahun 2021, kerajaan batal rancangan kiraan harga OMV 01

Persatuan Automotif Malaysia (MAA) telah mengesahkan bahawa rancangan untuk menyemak semula harga kereta melalui sistem kiraan Nilai Pasaran Terbuka (OMV) telah pun dibatalkan.

Sistem kiraan tersebut bakal menyaksikan kenaikan harga kereta baru sehingga 20% dari harga sekarang. Walaubagaimanapun, tempoh pengecualian cukai kenderaan sudah pun disahkan tamat.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tiada kenaikan harga kereta tahun 2021, kerajaan batal rancangan kiraan harga OMV 01

Presiden MAA, Datuk Aishah Ahmad memberitahu WapCar.my hari ini bahawa Kementerian Kewangan telah memberitahu MAA minggu lalu bahawa ia akan kekal pada pengiraan harga kereta yang asal.

Nilai Pasaran Terbuka (OMV) pada asasnya adalah harga borong bagi kereta yang termasuk kos pengangkutan dan insurans. Ini adalah kaedah yang biasa digunakan oleh kastam di kebanyakan negara dalam menentukan nilai produk. Untuk kereta, cukai import dan duit import dikenakan berdasarkan kiraan OMV.

Tiada kenaikan harga kereta tahun 2021, kerajaan batal rancangan kiraan harga OMV 02

Walau bagaimanapun, kaedah di mana OMV ditentukan mungkin berbeza-beza. Kerajaan sebelum ini ingin menyemak semula pengiraan OMV untuk memasukkan kos-kos seperti pembayaran royalti dan margin keuntungan pengedar yang sebelum ini tidak dimasukkan.

WapCar.my antara yang terawal menyampaikan berita mengenai semakan OMV pada bulan Januari 2020 yang dijangka akan berkuat kuasa pada bulan Mac 2020.

Tiada kenaikan harga kereta tahun 2021, kerajaan batal rancangan kiraan harga OMV 03

Pengumuman itu mengejutkan banyak pengeluar kereta tetapi ketika topik itu hangat, Menteri Kewangan ketika itu Lim Guan Eng menafikan rancangan tersebut. Walau bagaimanapun MAA kemudian mengesahkan bahawa harga kereta akan meningkat tetapi Kementerian Kewangan telah menangguhkan pelaksanaannya sehingga 31 Disember 2020.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Honda City 1.5L e:HEV RS

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda