Tiada lagi spekulasi, Honda Vario 160 2022 akhirnya lancar di Indonesia, harga bermula RM 7.5k!

Khairil · Feb 2, 2022 03:30 PM

Tiada lagi spekulasi, Honda Vario 160 2022 akhirnya lancar di Indonesia, harga bermula RM 7.5k! 01

Selepas deretan spekulasi, Honda Vario 160 2022 akhirnya dilancarkan secara eksklusif bersama tawaran harga cukup menarik di pasaran Indonesia, hari ini.

Sebagai salah satu skuter yang paling popular di pasaran rantau Asia Tenggara, kehadiran Honda Vario 160 amat dinanti-nantikan terutama buat peminat jenama itu bagi menyaingi pesaingnya. 

 

Tiada lagi spekulasi, Honda Vario 160 2022 akhirnya lancar di Indonesia, harga bermula RM 7.5k! 01

Model yang bakal menggantikan Vario 150 (model yang turut popular di Malaysia) pada awalnya dijangka dilancarkan di pameran GIIAS 2021 pada November lalu namun ia tidak menjadi kenyataan.

Dilancarkan sebagai model serba baru, Honda Vario 160 2022 yang dilancarkan di AHM Safety Riding & Training Center yang terlerak di Cikarang mendapat pelbagai pembaharuan termasuk dari sudut reka bentuk dan trenkuasa termasuk kerangka tubular baharu yang lebih ringan dan kukuh.

Tiada lagi spekulasi, Honda Vario 160 2022 akhirnya lancar di Indonesia, harga bermula RM 7.5k! 02

Seperti dimaklumkan, Honda Vario 160 2022 ini mendapat perubarahan besar-besaran dari sudut rekaan panel badan termasuk rekaan lampu depan berkembarnya kini lebih agresif dan garang namun menarik.

Untuk trenkuasa, seperti namanya, ia menggunakan trenkuasa lebih berkuasa yang diambil daripada satu lagi model skuter iaitu Honda PCX 160.

Juga baca: Ada info menarik seberang. Khabarnya Honda Vario 160 bakal dilancarkan di GIIAS 2021!

Tiada lagi spekulasi, Honda Vario 160 2022 akhirnya lancar di Indonesia, harga bermula RM 7.5k! 03

Justeru, ia menggunakan enjin 160 cc, 1 Silinder, 4 Lejang, teknologi eSP+, Penyejuk Cecair, Suntikan Bahan Api yang didakwa mampu menghasilkan kuasa 15.3 PS pada 8,500 rpm dan tork 13.8 Nm pada 7,000 rpm.

Tiada lagi spekulasi, Honda Vario 160 2022 akhirnya lancar di Indonesia, harga bermula RM 7.5k! 04

Antara pembaharuan ketara lain adalah sistem brek yang menggunakan cakera depan dan belakang untuk varian ABS dan lengkap dengan Sistem Brek Anti-Kunci (ABS). 

Juga baca: Honda Vario serba baharu guna enjin 160 cc dalam fasa ujian terakhir pembikinan di Indonesia?

Tiada lagi spekulasi, Honda Vario 160 2022 akhirnya lancar di Indonesia, harga bermula RM 7.5k! 05

Untuk varian CBS atau Combi Brake System, ia masih dibekalkan dengan brek dram di roda belakang.

Tiada lagi spekulasi, Honda Vario 160 2022 akhirnya lancar di Indonesia, harga bermula RM 7.5k! 06

Selain itu, ciri-ciri menarik yang dipadankan termasuklah Lampu LED penuh, Honda Smart Key System dengkap dengan alarm dan answer back system, soket pengecas USB type A.

Panel meter juga menggunakan digital yang memaparkan informasi yang lengkap seperti kelajuan, jarak perjalanan, jumlah bahan bakar dan lain-lain.

Juga baca: Honda PCX160 2021 masuk pasaran Indonesia, harga bermula RM 8.8k

Tiada lagi spekulasi, Honda Vario 160 2022 akhirnya lancar di Indonesia, harga bermula RM 7.5k! 07

Untuk harganya, Honda Vario 160 2022 tampil dengan dua varian iaitu CBS dan ABS. Harganya atas jalan (OTR) Jakarta seperti berikut: 

  • Honda Vario 160 2022 CBS - Rp 25,8 juta (RM 7,527)
  • Honda Vario 160 2022 ABS - Rp 28,5 juta (RM 8,315)

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

Komen

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2021 Toyota Yaris 1.5J

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda

Model Terbaru