window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tiada lagi ujian teori untuk semua Lesen Vokasional, kelas boleh online

Mersita · Apr 10, 2023 01:40 PM

Tiada lagi ujian teori untuk semua Lesen Vokasional, kelas boleh online 01

Prosedur Lesen Vokasional kini telah ditambah baik dengan pemansuhan ujian teori untuk semua kategori dan kelas teori juga boleh dijalankan secara online sahaja.

Kementerian Pengangkutan, Anthony Loke, berkata, mereka yang ingin mengambil Lesen Vokasional terdiri daripada kategori Lesen Kenderaan Perkhidmatan Awam (PSV) dan Lesen Kenderaan Barangan (GDL) hanya perlu menduduki dan melengkapkan kelas teori sedia ada sahaja sebelum dikeluarkan Lesen PSV.

Tiada lagi ujian teori untuk semua Lesen Vokasional, kelas boleh online 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

“Namun, calon-calon bagi kategori Lesen PSV untuk Bas dan GDL untuk Lori Bersendi masih wajib melalui latihan dan lulus ujian amali/praktikal sebelum mendapatkan Lesen Vokasional,” katanya dalam satu sidang media hari ini.

Kelas teori bagi semua kategori Lesen Vokasional juga kini boleh dilaksanakan secara atas talian samada menerusi platform disediakan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Institut Memandu (IM), atau syarikat perniagaan perantaraan yang berkelayakan dan telah dikawalselia oleh JPJ.

Tiada lagi ujian teori untuk semua Lesen Vokasional, kelas boleh online 01

Contoh Lesen Vokasional PSV untuk teksi/e-hailing. Kredit foto

Bagaimanapun, kelas teori Lesen Vokasional ini akan dijalankan dalam tempoh masa kelas sedia ada dan mana-mana pihak yang menjalankan kelas ini mesti menggunakan modul/silibus pengajaran kelas teori Lesen Vokasional atas talian yang ditetapkan JPJ sepenuhnya, jelasnya lagi.

Menurut IM Metro Driving Academy, proses pengambilan lesen GDL dan PSV sebelum ini melibatkan kelas teori 2 jam bersama JPJ dan 5 jam bersama IM. Kemudian, ujian teori – yang kini sudah dimansuhkan – melibatkan ujian bertulis dengan JPJ. Jika lulus, calon akan mendapat lesen GDL dan jika gagal, calon perlu menduduki ujian ini sekali lagi.

Juga baca: Anthony Loke - hanya satu ujian teori sahaja untuk ambil lesen kereta dan motosikal

Tiada lagi ujian teori untuk semua Lesen Vokasional, kelas boleh online 02

Kaunter JPJ. Kredit foto: FB

“Data-data dan maklumat kehadiran calon akan diintegrasi dengan sistem MySIKAP bagi membolehkan Lesen Vokasional dikeluarkan secara terus kepada calon tanpa memerlukan kehadiran secara fizikal ke kaunter JPJ,” jelas Anthony lagi.

“Silibus kelas teori bagi semua kategori Lesen Vokasional terutamanya melibatkan perkhidmatan e-hailing atau teksi akan disemak semula dan ditambahbaik oleh JPJ/MIROS dengan mendapatkan input daripada pihak industri agar relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan.

“Penambahbaikan silibus akan dimuktamadkan dalam tempoh 6 bulan,” katanya lagi.

Juga baca: Had usia kereta e-hailing, teksi dinaikkan kepada 15 tahun - APAD

Hanya B40 bermasalah kewangan boleh dapat bantuan lesen B2 percuma - Anthony Loke

 

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda