window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tiada marshal berkuasa tahan, arah kenderaan awam - Timbalan Ketua Polis Negara

Khairil ยท Dec 8, 2021 11:00 AM

Tiada marshal berkuasa tahan, arah kenderaan awam - Timbalan Ketua Polis Negara 01

Sebarang perkhidmatan marshal atau pengiring konvoi yang mahu mengawal pergerakan kenderaan awam perlu mendapat kelulusan dan penyertaan anggota polis kerana jika tidak, ia adalah kesalahan di sisi undang-undang, kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim.

Dan sebelum diluluskan atau permit diberikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), semua permohonan juga perlu disertakan alasan yang kukuh serta munasabah.

Juga baca: Marshal konvoi buat hal di PD dah serah diri, seorang bergelar 'Datuk'!

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Tiada marshal berkuasa tahan, arah kenderaan awam - Timbalan Ketua Polis Negara 01

“Marshal ini tidak mempunyai kuasa untuk menghentikan kenderaan di mana-mana tempat dan jika dijalankan secara haram, ia merupakan satu kesalahan undang-undang," kata Mazlan.

Tiada marshal berkuasa tahan, arah kenderaan awam - Timbalan Ketua Polis Negara 02

Gelagat jengkel mashal yang tular, baru-baru ini

Katanya lagi, pihak yang hendak berkonvoi kenderaan menggunakan khidmat marshal dinasihatkan mendapatkan kelulusan PDRM yang akan menyediakan anggota polis trafik untuk menyertai konvoi itu agar tindakan menahan mahupun melencongkan kenderaan boleh dilakukan oleh PDRM atau agensi penguatkuasaan lain.

Juga baca: Marshal bertinju tepi jalan, abang basikal jadi tukang lerai!

Tiada marshal berkuasa tahan, arah kenderaan awam - Timbalan Ketua Polis Negara 03

Tiada marshal berkuasa tahan, arah kenderaan awam - Timbalan Ketua Polis Negara 04

Dua marshal yang juga suspek kes di Port Dickson menyerah diri di Balai Polis.

Mazlan berkata, pihak bertanggungjawab dinasihatkan untuk tampil memohon kelulusan bagi memastikan aktiviti konvoi yang dijalankan lancar dan mematuhi peraturan serta tidak membahayakan pengguna jalan raya lain.

Juga baca: Lagi kes marshal jadi 'polis' tular, polis pantas lancar gerakan, netizen makin bengang!

Tiada marshal berkuasa tahan, arah kenderaan awam - Timbalan Ketua Polis Negara 05

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lizam (kiri)

Begitupun tegasnya, pihaknya tidak mahu terlalu banyak aktiviti yang memerlukan khidmat marshal ini kerana hal itu mampu mengundang kemalangan jalan raya dan membahayakan nyawa pemandu kenderaan lain.

Mazlan berkata demikian ketika sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, semalam dengan heboh satu Malaysia mengenai gelagat marshal yang berlagak bagaikan anggota polis di Port Dickson, minggu lalu yang tular.

Juga baca: Lima marshal geng konvoi 'big bike' dah kena cekup, seorang masih diburu!

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda