Toyota Harrier 2021 adalah antara model hangat yang bakal dilancarkan di Malaysia pada tahun ini.
Walaubagaimanapun, sambutan yang sangat menggalakkan di Jepun telah memaksa pelancaran di Malaysia ditangguhkan di samping permulaan Perintah Kawalan Pergerakan yang bermula 13 Januari 2021.
Walaubagaimanapun, lain pula ceritanya dengan negara jiran kita.
Menurut laman CarBuyer Singapore, Toyota dijangka akan melancarkan Toyota Yaris Cross dan Toyota Harrier di Singapura pada awal tahun 2021. Laman tersebut turut mendedahkan bahawa Toyota Harrier yang akan dijual di Singapura boleh didapati dalam varian petrol dan hibrid.
Toyota Harrier generasi keempat adalah model serba baru sepenuhnya. Toyota Harrier 2021 serba baru ini dibangunkan di atas platform TNGA-K - sama seperti Toyota RAV4.
Ia ditawarkan dengan 2 pilihan enjin iaitu enjin 2.0 liter NA (171 PS, 207 Nm) atau enjin 2.5 liter hibrid (178 PS, 221 Nm enjin / 120 PS, 202 Nm motor).
Lebih menarik lagi, kebanyakan model Toyota yang berada di Singapura adalah model yang dibawa masuk secara terus (parallel import) dan bukannya melalui pengedar rasmi. Toyota Harrier dan Toyota Yaris Cross bakal menjadi model SUV hybrid pertama ditawarkan di Singapura secara rasmi.
Untuk lebih panduan, Wapcar.my telah melakukan liputan lanjut mengenai Toyota Harrier 2021 ini. Lebih menarik lagi, adakah SUV mewah ini bakal menarik pembeli daripada model Toyota RAV4? Nyatakan pendapat anda.
Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!
2021 Toyota Harrier 2.0 Luxury
Upgrade
Add your car
2022 Perodua Ativa AV 1.0
2023 Proton X50 TGDI Flagship 1.5
2023 Proton X50 Premium 1.5