window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tiada podium untuk Hakim Danish di Perlumbaan 2 ATC Buriram, tapi takhta pendahulu kejuaraan kekal!

Khairil ยท Oct 2, 2022 03:00 PM

Tiada podium untuk Hakim Danish di Perlumbaan 2 ATC Buriram, tapi takhta pendahulu kejuaraan kekal! 01

Kemenangan berganda yang diharap dapat dijelmakan Hakim Danish Ramli Perlumbaan 2 Asia Talent Cup (ATC) 2022 di Buriram, Thailand, hari ini tidak kesampaian namun keputusan yang diraih tidak menggugat kedudukan pelumba muda berbakat negara itu selaku pendahulu kejuaraan.

Tidak seperti Perlumbaan 1 semalam yang berlangsung sengit, Perlumbaan 2 tampak seperti sedikit 'aneh' dengan pemenang dari Indonesia, Veda Ega Pratama melepasi garisan penamat dengan jurang yang cukup besar.

Tiada podium untuk Hakim Danish di Perlumbaan 2 ATC Buriram, tapi takhta pendahulu kejuaraan kekal! 02

Grid perlumbaan ATC 2022 di Thailand

Melepasi garisan penamat di belakang Pratama adalah pelumba Australia, Thomson Carter namun dikenakan penalti yang mengakibatkannya berdiri selaku pemenang tempat ketiga dengan pelumba Jepun, Gun Mie tampil selaku naib juara.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Hakim Danish dalam pada itu terpaksa berpuas hati menamatkan perlumbaan di tangga ketujuh, yang sekaligus hanya memberikannya tambahan 9 mata kejuaraan.

Begitupun secara keseluruhan, pelumba kelahiran Terengganu berusia 15 tahun itu masih gah selaku pendahulu selepas mengumpil keseluruhan 126 mata.

Tiada podium untuk Hakim Danish di Perlumbaan 2 ATC Buriram, tapi takhta pendahulu kejuaraan kekal! 01

Hakim Danish ketika meraih kemenangan pada Perlumbaan 1

Tetapi kelebihan itu berjaya dicantas dan dirapatkan oleh pelumba Jepun, Shinya Ezawa yang menamatkan Perlumbaan 2 di tangga keempat sekaligus mengumpul keseluruhan 119 mata.

Tiada podium untuk Hakim Danish di Perlumbaan 2 ATC Buriram, tapi takhta pendahulu kejuaraan kekal! 02

Hakim Danish meraikan kemenangannya pada Perlumbaan 1

Ketiga dalam carta kejuaraan adalah Gun Mie dengan mengumpul 89 mata.

Selepas Thailand, perlumbaan pusingan ATC 2022 berikutnya dijadual berlangsung di Malaysia pada 22 dan 23 Oktober ini sebelum Pusingan 6 dan penutup tirai berlangsung di Mandalika, Indonesia. Sama-sama kita hadir untuk memberi sokongan kepada Hakim Danish.
 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Dapatkan respons dalam masa 24 jam!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda