window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tiada tindakan untuk cukai jalan dan lesen memandu tamat tempoh sehingga habis PKP

Mersita · Jun 17, 2020 03:29 PM

Tiada tindakan untuk cukai jalan dan lesen memandu tamat tempoh sehingga habis PKP 01

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Seri Shaharuddin Khalid berkata hari ini tiada tindakan akan dikenakan kepada lebih dua juta rakyat Malaysia yang mempunyai cukai jalan dan lesen tamat tempoh sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan.

“Sejak 18 Mac hingga 14 Jun, sejumlah 2,119,653 cukai jalan dan 2,184,508 lesen memandu masih lagi belum diperbaharui. Walaubagaimanapun, JPJ tidak akan mengambil apa-apa tindakan kerana mereka (pemandu dan pemilik kenderaan) telah dikecualikan dari memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan mereka dalam tempoh PKP,” kata beliau pada sidang media hari ini.

Tetapi, pemandu yang terlibat mesti mempunyai insuran yang sah ketika menggunakan jalan raya, tambahnya lagi.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Beliau menyarankan orang awam untuk membuat pembaharuan secepat mungkin kerana penguatkuasaan akan disambung semula sejurus selepas PKP berakhir dan jika tiada lagi sambungan selanjutnya.

JPJ juga akan terus memantau dan mengambil tindakan terhadap pengguna jalan raya yang didakwa melanggar had laju, menggunakan telefon bimbit ketika memandu, menggunakan laluan kecemasan dan tidak memakai tali pinggang keledar.

Terdapat 855 kaunter JPJ yang dibuka setiap hari di seluruh negara untuk memudahkan orang awam memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu mereka. Pembaharuan cukai jalan juga boleh dibuat atas talian melalui mySikap dan ia akan dihantar ke rumah pemohon oleh Pos Malaysia bermula 1 Julai.

Dapatkan lebih info tentang waktu operasi kaunter JPJ disini.

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Yaris 1.5E

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda