window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tiba giliran Thailand lancar Yamaha Aerox 2021 (NVX), harga bermula RM9,125

Khairil ยท Jan 29, 2021 03:00 PM

Tiba giliran Thailand lancar Yamaha Aerox 2021 (NVX), harga bermula RM9,125 01

Selepas Indonesia dan Vietnam, tiba giliran Thailand menerima versi terbaharu skuter Yamaha Aerox 2021 yang turut dikenali Yamaha NVX 155 di Malaysia yang dipasarkan dalam dua varian, Standard dan ABS.

Harga yang ditawarkan bagi varian Standard ialah 67,500 THB (RM 9,125) manakala varian yang dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) datang dengan harga 78,500 THB (RM 10,612).

Tiba giliran Thailand lancar Yamaha Aerox 2021 (NVX), harga bermula RM9,125 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Sebagai informasi, model skuter popular berkenaan dikenali sebagai Yamaha Aerox 155 Connected 2021 di Indonesia dan Yamaha NVX 155 VVA 2021 Generation II di pasaran Vietnam.

Seperti perubahan yang berlaku kepada 'saudaranya' di Indonesia dan Vietnam, rekaan Aerox 2021 tampil lebih sporty menerusi reka bentuk lampu LED di bahagian depan dan belakang yang diberi nafas baharu serta turut dilengkapi lampu jenis DRL (Daytime Running Light).

Tiba giliran Thailand lancar Yamaha Aerox 2021 (NVX), harga bermula RM9,125 01

Selain itu, panel meter digital juga datang dengan rekaan berbaharu dan dilengkapi dengan teknologi canggih Y-Connect yang membolehkan pemilik mengawasi motosikal mereka menggunakan telefon bimbit.

Selain itu, ciri-ciri menarik lain yang hadir bersama Yamaha Aerox 2021 ini ialah Smart Key System, sistem Stop & Start (varian ABS sahaja), soket pengecas bateri telefon bimbit.

Tiba giliran Thailand lancar Yamaha Aerox 2021 (NVX), harga bermula RM9,125 02

 

Tiba giliran Thailand lancar Yamaha Aerox 2021 (NVX), harga bermula RM9,125 03

Tiada perubahan dari sudut ruangan barangan peribadi berbanding versi sebelum ini iaitu 25 liter namun kapasiti tangki bahan api meningkat kepada 5.5 liter.

Seperti namanya, hanya varian ABS bagi Yamaha Aerox 2021 dilengkapi dengan sistem brek cakera di bahagian roda depan dengan brek belakang kekal menggunakan jenis dram. Bagi varian ABS, suspensi belakang juga hadir dengan Sub-Tank.

Tiba giliran Thailand lancar Yamaha Aerox 2021 (NVX), harga bermula RM9,125 04

Dari sudut kuasa, Aerox 2021 dikuasakan enjin 155 cc Blue Core, Penyejuk Cecair, 1 Silinder, 4 Lejang, 4 Injap, SOHC dengan teknologi VVA yang dipadankan dengan transmisi automatik CVT.

Tiba giliran Thailand lancar Yamaha Aerox 2021 (NVX), harga bermula RM9,125 05

Kuasa maksimumnya berada pada angka 15.2 hp pada 8,000 rpm dengan tork teringgi 13.9 Nm pada 6,500 rpm. Menurut Yamaha, Aerox 2021 dikatakan memiliki prestasi dan nisbah kuasa kepada berat yang terbaik dalam kelasnya.

Tiba giliran Thailand lancar Yamaha Aerox 2021 (NVX), harga bermula RM9,125 06

Tiga pilihan warna menarik ditawarkan bagi varian Standard iaitu Faster Turquoise, Alpha Red dan Power Black manakala varian ABS turut dilengkapi dengan tiga pilihan warna iaitu Racing Blue, Silver Light dan Dark Night.

Tiba giliran Thailand lancar Yamaha Aerox 2021 (NVX), harga bermula RM9,125 07

Kebiasaannya, Malaysia akan menjadi destinasi berikutnya motosikal ini akan dilancarkan namun belum pasti apakah tarikhnya.

 

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda