window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tidak lagi di Qatar, MotoGP 2022 buka tirai di Portugal, tiada ujian di Sepang?

Khairil ยท Aug 4, 2022 03:00 PM

Tidak lagi di Qatar, MotoGP 2022 buka tirai di Portugal, tiada ujian di Sepang? 01

Selepas 16 tahun, saingan pembuka tirai musim perlumbaan elit Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) kembali ke Eropah tahun depan dengan litar Portimao, Portugal dijadual menjadi gelanggang pembukaan.

Menurut pengelola MotoGP, Grand Prix (GP) Portugal yang dijadual berlangsung pada 24 hingga 26 Mac 2023 dan mengambil alih tugas GP Qatar di Losail yang menjadi gelanggang pembuka musim MotoGP sejak 2007.

Tidak lagi di Qatar, MotoGP 2022 buka tirai di Portugal, tiada ujian di Sepang? 02

Litar Portimao. Sumber imej: Driver61

Qatar mengundurkan diri selaku tuan rumah aksi pembukaan berikutan proses pengubahsuaian besar-sesaran yang dilakukan di kawasan 'paddock' dan kemudahan litar.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Selain rasmi menjadi gelanggang pembuka musim MotoGP 2023, Litar Portimao juga disahkan akan menjadi venue ujian seminggu sebelum kempen elit itu berlangsung dan mengikut informasi, hanya dua ujian rasmi dijalankan musim depan. 

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MotoGP™ (@motogp)

Sekalipun perkembangan lanjutan mengenainya belum diumumkan dan masih berstatus 'TBC', secara tradisinya, Malaysia menjadi destinasi untuk ujian 'Shakedown' dan ujian rasmi pertama MotoGP, sama seperti musim lalu. 

Tidak lagi di Qatar, MotoGP 2022 buka tirai di Portugal, tiada ujian di Sepang? 01

Ujian pra-musim yang berlangsung di Sepang musim ini. Sumber imej: FB Sepang Circuit

Jika melihat kepada jadual perlumbaan musim ini, tiga siri ujian rasmi dijalankan dengan Malaysia menjadi lokasi ujian 'Shakedown' diikuti ujian pra-musim pertama pada Februari.

Tidak lagi di Qatar, MotoGP 2022 buka tirai di Portugal, tiada ujian di Sepang? 02

Jaguh Honda, Marc Marquez ketika ujian pra-musim yang berlangsung di Sepang musim ini. Sumber imej: FB Sepang Circuit

Ia diikuti ujian rasmi kedua di Litar Mandalika, Indonesia pada bulan yang sama sebelum ujian terakhir dijalankan di Jerez, Sepanyol menuju ke Qatar.

Tidak lagi di Qatar, MotoGP 2022 buka tirai di Portugal, tiada ujian di Sepang? 03

Ujian pra-musim yang berlangsung di Sepang musim ini. Sumber imej: FB Sepang Circuit

Dan dengan pengesahan Portugal sebagai gelanggang pembuka dan ujian rasmi musim 2023, adakah ini turut memberi petanda yang Malaysia berkemungkinan tidak akan menjadi venue ujian MotoGP musim depan? Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut.

Khairil

Motorcycle Writer

Seorang yang tidak pernah terfikir untuk menjadi penulis tetapi akhirnyaa menjadikan bidang penulisan sebagai kerjaya dengan minat terarah kepada sukan permotoran dan automotif. Sentiasa kagum dengan teknologi yang ada pada jentera tidak kira dua atau empat roda dan boleh menghabiskan masa berjam-jam menonton perlumbaan, membaca rebiu kereta atau motosikal.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Perodua Alza 1.5 X

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda