Tiga trak pikap paling berbaloi di Malaysia! Mana satu pilihan anda?

Haris · Jun 11, 2020 02:51 PM

Tiga trak pikap paling berbaloi di Malaysia! Mana satu pilihan anda? 01

Trak pikap memang antara pilihan utama bagi rakyat Malaysia. Dengan pakej yang versatil, trak pikap menjadi kegunaan dari pelbagai spektrum masyarakat. Lebih menarik lagi, harga trak pikap di Malaysia boleh menjadi lebih murah berbanding Australia. Di sini kami senaraikan 3 kereta 4x4 paling berbaloi mengikut kesesuaian penggunaan di Malaysia!

1. Mitsubishi Triton

Tiga trak pikap paling berbaloi di Malaysia! Mana satu pilihan anda? 02

Mitsubishi Triton adalah sebuah trak pikap yang dilengkapi dengan pelbagai ciri-ciri yang baik. Harganya juga tidak terlalu mahal, sesuai dengan kemampuan sesetengah individu.

Varian paling mahal adalah Mitsubishi Triton VGT Adventure X berharga RM 135,200. Varian terdekat dari Australia yang setaraf dengan varian ini adalah Triton GLS Premium 4WD, yang berharga RM 133,058.

Tiga trak pikap paling berbaloi di Malaysia! Mana satu pilihan anda? 01

Pada tahun 2019, Mitsubishi Triton telah menerima facelift dengan bumper depan Dynamic Shield seperti yang anda lihat ini.

Varian Mitsubishi Triton VGT Adventure X turut dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang bagus - Forward Collision Warning dengan Autonomous Emergency Braking, Blind Spot Warning, Lane Change Alert, Rear Cross Traffic Alert, Auto High Beam dan Ultrasonic Misacceleration Mitigation System.

Tiga trak pikap paling berbaloi di Malaysia! Mana satu pilihan anda? 02

Semua itu dengan tambahan 7 beg udara, monitor pandangan 360 darjah, dan perakam video digital (DVR) hadapan.

Selain ciri-ciri keselamatan, Mitsubishi Triton mungkin salah satu trak pikap paling selesa di Malaysia. Dengan enjin yang agak senyap, Triton adalah pilihan terbaik bagi mereka yang memandu kereta 4x4 setiap hari.

Kekurangannya adalah kuasa enjin ketika pemanduan sebenar seolah-olah kurang berbanding kuasa yang diwarwarkan di atas kertas.

Rebiu: Rebiu: Mitsubishi Triton, trak kerja pelbagai guna. Mampu jadi kenderaan harian?

2. Ford Ranger

Tiga trak pikap paling berbaloi di Malaysia! Mana satu pilihan anda? 03

Pilihan seterusnya adalah Ford Ranger. Ford Ranger sangat popular bagi mereka yang menginginkan sebuah kereta 4x4 yang bergaya.

Di Malaysia, harga Ford Ranger Wildtrak adalah RM 144,888. Di Australia, harganya hampir RM 30,000 lebih banyak berbanding harga di Malaysia kira-kira RM 174,000. Ini menjadikan model ini antara 4x4 murah yang ada di peringkat global.

Tiga trak pikap paling berbaloi di Malaysia! Mana satu pilihan anda? 04

Selain itu, Ford Ranger Raptor yang baru baharu berharga RM 208,888 di Malaysia. Lain pula ceritanya di Australia, Raptor dijual sedikit lebih murah sekitar RM 200,000. Justeru itu, sudah tentu Ford Ranger Wildtrak adalah pilihan yang lebih berbaloi untuk rakyat Malaysia.

Ranger juga mempunyai kualiti sistem bunyi yang terbaik antara ketiga-tiga model di sini. Tambahan pula, kabinnya menggunakan pelbagai bahan yang berkualiti tinggi.

Dimensi Ford Ranger Wildtrak sedikit lebih besar berbanding pesaingnya. Hal ini bermakna, Ford Ranger Wildtrak memiliki radius pusingan yang lebih luas. Kekurangan monitor pandangan 360 darjah juga menjadikan parkir di tempat sempit sedikit sukar.

Baca: Kebaikan dan Keburukan: Ford Ranger Wildtrak, trak gaya hidup terbaik di Malaysia?

3. Isuzu D-Max

Tiga trak pikap paling berbaloi di Malaysia! Mana satu pilihan anda? 05

Pilihan ketiga kami adalah Isuzu D-Max. Model ini terkenal sebagai kereta 4x4 paling jimat minyak 2019. Ya, untuk segmen kereta pickup, ia adalah antara kereta 4x4 paling jimat minyak.

Varian Premium D-Max 3.0 AT Premium berharga RM 120,838, sementara di Australia harganya sekitar RM 145,000 untuk model setaraf. Sebuah lagi kereta pick up murah yang ada jika dilihat secara global.

Tiga trak pikap paling berbaloi di Malaysia! Mana satu pilihan anda? 06

Tetapi jika cukai jalan D-Max 3.0 (anggaran RM 1.7k setiap tahun) menjadi kegusaran anda, Isuzu juga turut menawarkan D-Max dengan unit enjin 1.9 liter diesel turbo yang bersesaran kecil. Sudahlah harga 4x4 murah, harga cukai jalan pun murah.

Lebih menarik lagi, enjin diesel Turbo 1.9 liter baru lebih berkuasa berbanding enjin 2.5 liter yang lama. Enjin tersebut juga lebih mesra poket, menjadikan Isuzu D-Max trak pikap Energy Efficient Vehicle (EEV) yang pertama di Malaysia.

Tidak kisah apa pun pilihan spesifikasi anda, kesemua varian kereta 4x4 ini terbukti andal dan bagus.

Baca: Isuzu D-Max 1.9L - kapasiti enjin trak pikap paling rendah jadi bagaimana prestasinya?

Tiga trak pikap paling berbaloi di Malaysia! Mana satu pilihan anda? 07

Isuzu D-Max membawa imej yang berlainan berbanding pesaingnya. Rekaannya lebih cenderung terhadap praktikaliti berbanding estetika. Hal ini bukanlah masalah yang besar kerana pengguna Isuzu D-Max pastinya mementingkan aspek yang sama. 

Baca: Ini rahsia mengapa Isuzu satu-satunya trak kepercayaan saintis di Antartika, bukan Toyota Hilux!

 

Agak sukar untuk mencari penjual Isuzu D-Max secara umum kerana latar perniagaan Isuzu di Malaysia lebih kepada penjualan kenderaan berat seperti lori. Hal ini bermakna, Isuzu D-Max akan turut diservis di pusat servis lori.

Kepada peminat Toyota Hilux, tentu anda tertanya-tanya mengapa kenderaan yang popular tersebut tiada dalam senarai ini. Bagi kami, Toyota Hilux mempunyai kekuatan dari segi lain tapi tidak berbaloi dengan harga yang tinggi disebabkan popularitinya.

Baca: Rebiu ringkas: Toyota Hilux Rogue 2020 – Trak pikap yang serba lengkap?

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

Komen

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

Ford Ranger Double Cab Wildtrak 2.0L Turbo 4×2 6MT 2022

Upgrade

Add your car

Service powered by carsome

Model Terbaru