window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tiket JDT Hummer Tour RM 30 saja, boleh naik Hummer Limousine di Stadium Sultan Ibrahim!

Mersita ยท Apr 1, 2022 07:00 PM

Tiket JDT Hummer Tour RM 30 saja, boleh naik Hummer Limousine di Stadium Sultan Ibrahim! 01

Nak merasa naik kereta mahal, tak semestinya kena berbelanja lebih. Kini, orang ramai berpeluang untuk menikmati pengalaman JDT Hummer Tour Stadium Sultan Ibrahim dengan membeli tiket berharga RM 30 saja!

Tarikan utama tour ini ialah Hummer Limousine iaitu kenderaan mewah yang akan membawa pengunjung bersiar-siar di sekitar Stadium Sultan Ibrahim dan mengenali stadium bertaraf dunia ini dengan lebih dekat.

Tiket JDT Hummer Tour RM 30 saja, boleh naik Hummer Limousine di Stadium Sultan Ibrahim! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Pengenalan aktiviti ini diumumkan oleh JOHOR Southern Tigers di laman Facebooknya semalam. Jelas kelab itu, JDT Hummer Tour Stadium Sultan Ibrahim kini beroperasi setiap Jumaat hingga Ahad bermula dari jam 9 pagi sehingga 6 petang. Orang ramai boleh membeli tiket di Kaunter Tiket Stadium Sultan Ibrahim.

Pengumuman itu disertakan dengan beberapa keping gambar menunjukkan ruang kabin Hummer Limo yang mewah dan bertemakan warna JDT biru dan oren. Dua buah Hummer Limo dilihat sedia untuk menerima kunjungan peserta tour ini – satu berwarna putih dan satu lagi berwarna perak. Ia tampak cukup megah dan mengagumkan, sesuai dengan suasana di sekitar Stadium Sultan Ibrahim.

Tiket JDT Hummer Tour RM 30 saja, boleh naik Hummer Limousine di Stadium Sultan Ibrahim! 01

Sebagai info, Hummer Limousine dianggap sebagai ‘raja limo’ disebabkan oleh ruang kabinnya yang lebih luas dan selesa. Limo mewah berukuran kira-kira 9.5 meter panjang ini boleh membawa kira-kira 20 orang penumpang pada satu-satu masa. Harga bagi sebuah Hummer Limo dianggarkan boleh mencecah $165,000 – $220,000 (~RM 695k – RM 926k) di pasaran AS.

Terdahulu pada September 2016, media melaporkan bahawa Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim telah menghadiahkan sebuah Hummer Limo kepada kelab bolasepak berkenaan bagi kegunaan rasmi pengurusan kelab JDT. 

Tiket JDT Hummer Tour RM 30 saja, boleh naik Hummer Limousine di Stadium Sultan Ibrahim! 02

Menurut laporan Kosmo, Ketua Unit Komersial Kelab Bolasepak JDT, Kevin Ramalingam berkata, Hummer Tour hanyalah salah satu daripada tarikan-tarikan baharu di ‘rumah JDT’ bermula minggu ini.

Restoran burger kegemaran penulis di WapCar, Woodfire Burger, juga telah dilancarkan bersama Hummer Tour bermula hari ini (1 April 2022).

Tiket JDT Hummer Tour RM 30 saja, boleh naik Hummer Limousine di Stadium Sultan Ibrahim! 03

Menurut Kevin, lebih banyak restoran-restoran dan tarikan menarik akan dibuka dalam masa tiga bulan lagi. Sebelum ini, rancangan untuk mengembangkan tarikan ini terpaksa ditunda akibat pandemik Covid-19.

Menarik? Jom 'roadtrip' ke Johor Bahru!

Mersita

Penulis

Gemarkan kereta tinggi atau wagon, yang setakat ini masih lagi dalam igauan. Memilih Kenari terpakai sebagai kereta pertama, sukakan pemanduannya yang menyeronokkan dengan ruang dalaman yang luas. Mementingkan praktikaliti dan kepuasan sanubari dalam pemilihan kereta.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda