window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tinjauan: Harga minyak pelincir transmisi kini meningkat; sehingga 20 hingga 30 peratus!

Haris · Feb 2, 2023 01:00 PM

Tinjauan: Harga minyak pelincir transmisi kini meningkat; sehingga 20 hingga 30 peratus! 01

Peniaga bengkel bebas rata-ratanya menyuarakan kebimbangan mengenai kos minyak pelincir transmisi yang kini sedang mengalami kenaikan harga sekitar 20 hingga 30 peratus sejak beberapa bulan lalu.

Dalam satu tinjauan daripada akhbar Kosmo, kenaikan itu adalah sekitar RM11 seliter pada 2022 di mana pada kebiasaannya minyak pelincir transmisi original dijual pada harga RM28 bagi satu liter.

Tinjauan: Harga minyak pelincir transmisi kini meningkat; sehingga 20 hingga 30 peratus! 02

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Seorang pengusaha bengkel, Ah Hock, 50-an, berkata, sekarang ini bekalan mi­nyak gear original sukar didapati sehingga ada yang menggunakan minyak tiruan.

“Kalau minyak gear original, memang susah nak dapat (stok) sebab keluaran tak menentu.

“Kalau datang dengan pakej yang banyak, harga akan murah. Begitulah sebaliknya. Sebab itu harga tidak menentu. Pengeluar utama yang tentukan harga, bukannya pengusaha bengkel,” katanya kepada Kosmo! ketika ditemui di bengkelnya di Telok Ayer Tawar di sini semalam.

Ah Hock memberitahu, harga bagi satu liter minyak gear (original) adalah dalam lingkungan RM34 hingga RM35 sebotol, manakala harga bagi 1.5 liter dianggarkan RM50.

Tinjauan: Harga minyak pelincir transmisi kini meningkat; sehingga 20 hingga 30 peratus! 01

Sebelum ini, harga bagi mi­nyak gear jenama biasa dijual RM28 untuk satu liter.

Trend kenaikan harga minyak pelincir transmisi ini berkadar terus dengan kenaikan harga alat ganti dan komponen kenderaan yang juga meningkat.

Kadar kenaikan ini dikatakan bermula sejak pertengahan tahun 2022 secara berperingkat serta memaksa pengusaha bengkel bebas untuk menaikkan harga bagi servis penyelenggaraan berkala penting.

Cecair Transmisi Automatik (ATF) adalah minyak pelincir yang digunakan di dalam kenderaan dengan transmisi automatik. Fungsi utamanya adalah untuk melincirkan komponen penghantaran dan membantu operasi gear yang lancar. Ia juga membantu menyejukkan penghantaran, mencegah haus dan lusuh, dan memberikan kuasa hidraulik untuk sistem penghantaran.

Baca: Selepas isu tarik lesen bengkel motosikal, aktivis ini saran kerajaan haram kemasukan alat ganti ubahsuai pula

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda City Hatchback 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda