window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tinjauan pusat servis Proton - kekurangan alat ganti asas seperti minyak enjin dan palam pencucuh?

Haris · Feb 15, 2021 06:00 PM

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Daripada tinjauan Wapcar.my, hanya segelintir pusat servis Proton yang mengalami masalah kekurangan alat ganti yang kritikal. Malah, pelanggan juga tidak dapat melakukan tugas-tugas servis berkala kerana kekurangan bekalan minyak enjin dan palam pencucuh.

Tinjauan pusat servis Proton - kekurangan alat ganti asas seperti minyak enjin dan palam pencucuh? 01

Walaubagaimanapun, bukan semua pusat servis Proton dibelenggu masalah tersebut malah kekal meneruskan tugas seperti biasa. Kesemua pusat servis 3S Proton yang ditemuramah oleh Wapcar.my bersetuju bahawa terdapat gangguan pada servis lepas jualan Proton.

Tinjauan pusat servis Proton - kekurangan alat ganti asas seperti minyak enjin dan palam pencucuh? 02

“Buat masa ini, kami masih dapat menerima pelanggan untuk servis biasa tetapi kelewatan dalam menerima alat ganti dijangka untuk servis yang berkaitan dengan tuntutan warranti,” ujar seorang pengedar.

Seorang pengedar lain berkata, "Untuk servis asas, kami masih dapat melakukannya tetapi kami tidak mempunyai stok palam pencucuh sehingga beberapa tugas servis major harus ditangguhkan."

Tinjauan pusat servis Proton - kekurangan alat ganti asas seperti minyak enjin dan palam pencucuh? 03

Masalah IT yang melumpuhkan komunikasi ibu pejabat / Pusat Alat Ganti Proton dengan pusat servis Proton telah memaksa pengedar dan kakitangan Proton untuk membuat pesanan alat ganti dan invois secara manual.

Hal ini menjadikan tugasan tersebut sedikit kucar-kacir yang menyebabkan isu seperti yang dijelaskan dalam sebuah hantaran “Surat terbuka buat Proton”.

Tinjauan pusat servis Proton - kekurangan alat ganti asas seperti minyak enjin dan palam pencucuh? 04

Apa yang berlaku adalah sistem IT Proton telah menjalani proses migrasi data sekitar hujung tahun lepas. Walaubagaimanapun, tugas-tugas salinan data tidak dilakukan dengan baik lalu memaksa portal tempahan alat ganti terhenti.

Tugas-tugas baik pulih sedang dijalankan dan situasi tersebut dijangka akan pulih selepas minggu Tahun Baru Cina 2021 ini.

Tinjauan pusat servis Proton - kekurangan alat ganti asas seperti minyak enjin dan palam pencucuh? 05

Masalah kekurangan alat ganti Proton ini tidak berkaitan dengan masalah penghantaran Proton X50. Masalah penghantaran SUV tersebut lebih berkait rapat dengan Perintah Kawalan Pergerakan di mana kilang pembekal tempatan tidak dapat berfungsi dalam kapasiti penuh.

Untuk penjelasan, alat ganti Proton masih boleh didapati di bengkel-bengkel bebas yang melakukan tempahan secara terus ke Pusat Alat Ganti Proton. Hanya Pusat Servis Proton sahaja yang dibelenggu masalah terbabit akibat gangguan IT dalaman.

Haris

Penulis

Latar belakang yang pelbagai menjadikan beliau lebih memahami kehendak pembaca. Penulis tidak memiliki kereta sendiri, justeru, semua kereta yang dipandu hingga kini adalah pandu uji. Kereta pertama yang bakal dimiliki beliau tentulah yang terbaik dan patut anda perhatikan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2020 Proton X50 1.5T Standard

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda