window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tips: Cara elak kereta anda terundur atau bergerak di cerun sekiranya brek tangan kereta anda gagal

Zamil Syaheer ยท May 1, 2022 02:00 PM

Tips: Cara elak kereta anda terundur atau bergerak di cerun sekiranya brek tangan kereta anda gagal 01

Pernahkah anda bertanya pada diri sendiri, apa yang perlu dilakukan apabila brek tangan kereta anda gagal dan mula terundur atau bergerak di cerun?

Beberapa hari yang lalu, Allahyarhamah Aisyah Amani Amirrudin yang berusia 10 tahun meninggal dunia akibat Proton Wira terundur ke belakang. Pertama sekali, ibu bapa perlu bertanggungjawab untuk memastikan kanak-kanak kecil tidak bermain-main di sekitar kereta, tak kisahlah dalam keadaan parkir sekalipun.

Tips: Cara elak kereta anda terundur atau bergerak di cerun sekiranya brek tangan kereta anda gagal 02

Kredit: NST

Graviti bertindak melawan anda apabila anda meletakkan kereta di cerun. Jika anda tidak mengambil langkah perlindungan yang diperlukan, kereta anda boleh bergerak menuruni bukit dan menyebabkan kerosakan harta benda serta mungkin juga mencederakan insan yang tidak bersalah.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

Memarkir kereta di cerun sebenarnya sukar bagi sesetengah pemandu. Walau bagaimanapun, ia adalah salah satu tempat letak kereta terbaik kerana hanya sedikit orang yang menggunakannya.

Tips: Cara elak kereta anda terundur atau bergerak di cerun sekiranya brek tangan kereta anda gagal 01

Harap maklum bahawa ini adalah untuk jalan pemanduan kiri. Anda hanya perlu menukar posisi 'kerb' didalam gambar untuk pemanduan sebelah kanan. Kredit: Nationwide.

Pusingkan stereng anda dari tepi jalan jika anda meletakkan kereta di atas bukit, jadi roda hadapan anda menghadap ke jalan raya. Benteng akan mencengkam tayar anda dan bertindak sebagai penghadang jika kereta anda tergelincir ke belakang. Apabila meletak kereta menuruni bukit, lakukan sebaliknya.

Untuk jalan raya tanpa 'kerb', pusingkan roda dari bahu jalan apabila menghadap ke atas bukit kerana sekiranya kereta anda terundur, ia akan mula bergerak ke arah bahu jalan dan bukannya lalu lintas.

Tips: Cara elak kereta anda terundur atau bergerak di cerun sekiranya brek tangan kereta anda gagal 02

Kebanyakan kereta moden juga didatangkan dengan kamera undur tetapi jangan terlalu bergantung pada gajet kerana kamera mempunyai kawasan tontonan yang terhad. Jika kanak-kanak bermain betul-betul di bawah bampar belakang kereta, terutamanya jika kenderaan itu adalah SUV tinggi, anda tidak akan nampak langsung.

Kanak-kanak yang berlari mengelilingi kereta boleh menjadi masalah kerana selalunya mereka terlalu rendah untuk berada dalam julat menegak (vertical range) kamera. Oleh itu, pastikan anak-anak anda berada di dalam rumah sebelum menggunakan kenderaan anda adalah penting untuk keselamatan mereka.

Tips: Cara elak kereta anda terundur atau bergerak di cerun sekiranya brek tangan kereta anda gagal 03

Kami berharap tips yang kami kongsikan kali dimanfaatkan sepenuhnya agar tiada nyawa insan tersayang yang melayang.

Baca juga: Video: Jangan gadai nyawa anda, ini 4 aksesori kereta yang bahaya!

Zamil Syaheer

Editor

More than 10 years experience, specialising in Motorsports, Advanced Driving, Event Management & Creative Design. He enjoys driving (drifting, actually) anything RWD with a proper LSD over the limit. Versatility is his motto and mantra.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2022 Honda HR-V 1.5 S

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli? ย  Jual kereta anda