window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_breadcrumb_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685524554756-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685524554756-0'); });

Tips Memandu: Jangan ingat trak pikap boleh redah apa jua keadaan banjir!

Faisal · Jan 20, 2021 10:00 AM

Tips Memandu: Jangan ingat trak pikap boleh redah apa jua keadaan banjir! 01

Seramai 50,000 mangsa di 6 buah negeri telah terkesan oleh bencana banjir baru-baru ini. Pada waktu sebegitu, trak pikap cukup berguna dalam kerja-kerja menyelamatkan mangsa ataupun menghantar barang keperluan. Kalau anda ada trak pikap sendiri, mungkin anda juga mahu hulurkan bantuan.

Tetapi sebelum itu, terdapat beberapa langkah berjaga-jaga yang perlu anda ingat memandang air adalah antara kuasa alam yang terbesar. Trak pikap terhebat sekalipun boleh kecundang ketika meredah banjir kalau dipandu secara salah.

Jadi apakah langkah-langkahnya?

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_fourthp_under_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525140735-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525140735-0'); });

1. Jangan pandu berseorangan

Tips Memandu: Jangan ingat trak pikap boleh redah apa jua keadaan banjir! 01

Memandu berseorangan ketika meredah banjir cukuplah merisaukan. Apa yang dimaksudkan di sini ialah satu kenderaan sahaja. Oleh itu, anda perlu bertemankan trak pikap yang lain supaya masing-masing dapat membantu sekiranya salah-satunya tersangkut di mana-mana. Paling tidakpun, ada seorang yang ikut anda sekali ketika meredah banjir supaya pertolongan untuk anda sentiasa ada.

Tips Memandu: Jangan ingat trak pikap boleh redah apa jua keadaan banjir! 02

YDPA ketika sedang melawat kawasan banjir baru-baru ini. Jangan cuba tanpa backup

Pada tempoh hari, kita melihat Yang di-Pertuan Agong meredah banjir menggunakan Toyota Hilux untuk melawat lokasi dan menghulurkan bantuan. Beliau melakukannya dengan bertemankan beberapa orang. Maka itu, anda juga disarankan buat benda yang sama.

2. Jangan memandu di arus air yang kuat

Tips Memandu: Jangan ingat trak pikap boleh redah apa jua keadaan banjir! 03

Foto: StormChasing

Kuasa alam tidak mengambil kira sehebat manapun trak pikap anda. Arus air yang kuat boleh mengheret apa-apa sahaja. Lagipun, trak pikap anda bukanlah sebuah bot. Oleh itu, elakkan melalui kawasan air yang deras.

3. Periksa kedalaman air

Tips Memandu: Jangan ingat trak pikap boleh redah apa jua keadaan banjir! 04

Setiap kereta 4X4 mempunyai tahap selam air yang tersendiri. Untuk maklumat anda, Toyota Hilux mempunyai tahap selam sebanyak 700 mm. Untuk itu, periksa tahap selam kereta dan ketinggian air banjir terlebih dahulu. Untuk cara yang paling mudah, anda sendiri boleh berjalan melalui air dengan menggunakan batang kayu untuk menyukat paras air. Harus diingatkan bahawa anda hanya boleh meredah sekiranya paras air bersesuaian dengan trak pikap anda.

Tips Memandu: Jangan ingat trak pikap boleh redah apa jua keadaan banjir! 05

Foto: OverlandBound

4. Periksa keadaan sekeliling

Tips Memandu: Jangan ingat trak pikap boleh redah apa jua keadaan banjir! 06

Jika anda tidak biasa dengan kawasan itu, anda perlu perhatikan lokasi longkang dan lubang jalan. Kualiti jalan yang teruk boleh menjadi lebih ketara apabila banjir berlaku (lubang baru boleh terbentuk kerana struktur tanah telah lembut). Batu yang besar juga boleh tersadai di tengah jalan.

Tips Memandu: Jangan ingat trak pikap boleh redah apa jua keadaan banjir! 07

Jika anda sudah biasa dengan kawasan itu sekalipun, berwaspadalah kerana air banjir juga berpotensi untuk mengubah keadaan yang asal. Kereta anda mungkin boleh tersekat di dalam lubang yang besar ataupun terlanggar batu yang tidak disangka.

Sekali lagi, periksa keadaan sekeliling dengan berjalan menggunakan batang kayu untuk periksa dasar air.

Lebih baik jika seluar anda basah daripada kereta anda sendiri yang tersekat.

5. Tutup penyaman udara

Tips Memandu: Jangan ingat trak pikap boleh redah apa jua keadaan banjir! 08

Sistem pendingin hawa mempunyai kipas. Apabila dikenakan air, ia akan menghasilkan percikan yang boleh merosakkan komponen enjin. Oleh itu, jangan lupa untuk tutup penyaman udara kereta anda.

6. Pandu secara perlahan

Tips Memandu: Jangan ingat trak pikap boleh redah apa jua keadaan banjir! 09

Pandu secara 'steady' untuk kekalkan paras air

Anda tidak digalakkan untuk meredah banjir secara laju kerana ia boleh hasilkan percikan yang besar. Apabila anda berbuat demikian, paras air boleh sampai ke tempat yang tidak sepatutnya. Lihat sahaja Ford Transit yang kerosakan di video bawah akibat meredah banjir secara laju.

Oleh itu, anda disarankan untuk pandu secara perlahan supaya paras air di sekeliling kereta menjadi terkawal. Teknik ini juga boleh mengurangkan air di bahagian bawah kenderaan. Untuk itu, kekalkan kelajuan dan penggunaan gear yang rendah tetapi pastikan anda mengikuti kelajuan gelombang air tersebut.

7. Kalau kereta anda tersekat, jangan matikan enjin

Tips Memandu: Jangan ingat trak pikap boleh redah apa jua keadaan banjir! 10

Jangan sesekali matikan enjin sekiranya kereta anda tersekat ketika meredah banjir. Biarkan enjin hidup sementara bantuan sampai supaya air tidak masuk ke dalam lubang ekzos.

8. Kalau enjin mati ketika meredah banjir, jangan hidupkan

Tips Memandu: Jangan ingat trak pikap boleh redah apa jua keadaan banjir! 11

Mungkin agak malang jika kereta anda mati ketika melalui air banjir. Walau apapun, elakkan daripada menghidup enjin semula kerana mungkin lebih banyak air akan masuk ke dalam enjin. Dapatkan bantuan untuk menarik kereta anda keluar terlebih dahulu. Kemudian, barulah anda cari jalan untuk hidupkan semula kereta tersebut.

9. Uji brek anda selepas meredah banjir

Tips Memandu: Jangan ingat trak pikap boleh redah apa jua keadaan banjir! 12

Setelah anda meredah banjir, hentikan kereta untuk biarkan air keluar. Selepas itu, tekan brek secara perlahan untuk keringkan brake disc.

10. Periksa bahagian bawah kereta serta komponen lain

Tips Memandu: Jangan ingat trak pikap boleh redah apa jua keadaan banjir! 13

Sebagai langkah pencegahan, periksa bahagian bawah kereta setiap kali anda selesai meredah banjir. Untuk pengetahuan anda, batu-batuan boleh merosakkan bahagian bawah kereta. Di samping itu, anda boleh periksa komponen lain seperti differential, transfer case, dan gearbox untuk tahu sama anda ia telah dimasuki air ataupun tidak.

Tips Memandu: Jangan ingat trak pikap boleh redah apa jua keadaan banjir! 14

Inilah keadaannya apabila air banjir masuk ke dalam differential. Tak cantik kan? Foto

Pada masa yang sama, periksa keadaan kipas dan komponen elektronik yang lain.

Konklusi

Tips Memandu: Jangan ingat trak pikap boleh redah apa jua keadaan banjir! 15

Trak pikap atau sebarang kereta 4X4 sememangnya ditugaskan untuk membuat kerja yang berat. Dalam keadaan yang mencabar seperti bencana banjir, keupayaan mereka tidak dapat dinafikan sama sekali. Apapun, praktikkan langkah yang kami berikan ketika meredah paras air yang tinggi supaya kereta anda tidak terjejas.

Faisal

Penulis

Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []}; googletag.cmd = googletag.cmd || []; googletag.cmd.push(function() { googletag.defineSlot('/22557728108/my_article_relatedmodel_above_pc', [ 728, 90 ], 'div-gpt-ad-1685525247138-0').addService(googletag.pubads()); googletag.pubads().enableSingleRequest(); googletag.pubads().collapseEmptyDivs(); googletag.enableServices(); });
googletag.cmd.push(function() { googletag.display('div-gpt-ad-1685525247138-0'); });
window._taboola = window._taboola || []; _taboola.push({ mode: 'thumbnails-a-2x2-stream', container: 'taboola-below-article-thumbnails', placement: 'Below Article Thumbnails', target_type: 'mix' });

Perbincangang Trending

Mudah, dapatkan kereta yang dibeli dengan pantas!

2023 Toyota Hilux GR Sport 2.8 AT

Upgrade

Add your car

Tidak mahu tukar-beli?   Jual kereta anda