Tips membeli kereta terpakai: 6 tanda kereta pernah mengalami kerosakan banjir
Faisal · Sep 3, 2020 05:51 PM
0
0
Sekiranya anda tidak memandu trak pikap atau kereta selam, anda berkemungkinan tersekat dalam banjir ketika hujan lebat. Air boleh memasuki bahagian kabin, enjin, dan ruang but. Kerosakan yang anda peroleh boleh menjadi sukar untuk dibaik pulih.
Setelah dibaik pulih sekalipun, mungkin masih terdapat bau, kesan karat dan kemungkinan besar ianya tidak akan sedap untuk dipandu lagi. Dengan itu, lebih baik anda mengelak daripada membeli kereta yang pernah mengalami kerosakan banjir.
Rinspeed Splash: kereta yang boleh dipandu di darat dan perairan
Sesetengah penjual akan bersikap jujur mengenai sejarah kereta tersebut. Sesetengah pula mungkin akan sembunyikan beberapa perkara yang buruk semata-mata untuk menjual kereta tersebut.
Perkara yang paling sukar untuk dielakkan ialah bau lembap seperti bau air yang bertakung. Walaupun kalis air di bahagian luar, bahagian dalam kereta diperbuat daripada bahan yang lebih menyerap. Air banjir merupakan air yang tidak bersih dan berbau. Bayangkan anda terpijak kelopak air dan setelah anda tanggalkan kasut apabila tiba di destinasi, ambil bau kasut tersebut. Mesti berbau pelik kan?
Anda boleh menyentuh permukaan kabin dan cari bahagian yang kelihatan basah. Sekiranya anda terjumpa kesan basah di bahagian lantai, kemungkinan besar lebih banyak lagi di bahagian bawah kerana tindak balas graviti yang menarik semua ke bawah.
Kelembapan di bawah penutup lantai. Sumber: driveitne
Selain bahagian kabin, pastikan anda periksa di bahagian but terutama sekali di bahagian lantai dan papan penutup.
Bergantung pada paras air, air banjir boleh merosakkan komponen seperti bahagian kotak penapis udara.
Air di dalam kotak penapis udara. Sumber: Scotty Kilmer
3. Kesan pasir dan tanah
Air banjir merupakan air yang kotor. Ia mengandungi pasir, lumpur, dan pelbagai bahan takungan yang mungkin datang dari longkang.
Kesan pasir dan tanah pada bahagian enjin pula mungkin normal bagi kenderaan jenis off-road tetapi agak pelik sekiranya ia terdapat pada kenderaan biasa. Oleh itu, renung-renungkanlah ya.
Kereta yang mengalami kerosakan banjir akan menampakkan garisan air yang ketara. Sama seperti kesan pasir dan tanah, kesan air di bahagian kabin lebih sukar untuk dihilangkan. Sekiranya anda terjumpa garisan air, kereta tersebut mungkin pernah tersekat dalam banjir.
Bahagian yang sempit dan halus sukar untuk dibersihkan. Namun demikian, ia juga bahagian yang paling mudah untuk mencari tanda kerosakan banjir. Sekiranya anda lihat gambar di atas, anda akan perasan garisan air pada lubang pembesar suara.
5. Air pada minyak enjin
Untuk maklumat anda, tidak semua kereta yang tersekat dalam banjir akan memasuki air ke dalam enjin. Masih ada harapan sekiranya anda bernasib baik. Periksa batang “dipstick” dan penutup penapis minyak enjin. Sekiranya minyak enjin kelihatan normal, itu bermakna enjin tersebut selamat untuk digunakan.
Perkara yang lebih merisaukan ialah apabila titisan air kelihatan pada batang “dipstick”. Anda bernasib baik sekiranya ia tidak bercampur dengan minyak enjin kerana enjin boleh mengalami kerosakan.
Kereta tidak direka untuk tenggelam dalam air. Ia akan merosakkan komponen elektronik yang sangat sensitif terhadap air.
Oleh itu, periksa fungsi elektronik kereta tersebut. Adakah simbol amaran keluar? Adakah sebarang mesej keluar pada paparan instrumen? Adakah komponen berfungsi dengan baik?
Kereta lama mempunyai elektronik yang lebih ringkas dan lebih mudah untuk dibaik pulih. Kereta yang lebih moden dan canggih pula mempunyai sistem elektronik yang lebih rumit. Oleh itu, kerja membaik pulih menjadi lebih sukar.
Kereta yang mengalami kerosakan banjir harus dielakkan apabila anda ingin membeli kereta terpakai. Sudah tentu kerosakan ini boleh dibaik pulih tetapi masa, duit, dan usaha yang diletakkan mungkin tidak berbaloi kecuali ia kereta unik yang anda inginkan setelah sekian lama. Selamat membeli.
Beliau berlatar belakangkan kejuruteraan mekanikal dan mempunyai minat yang mendalam terhadap kereta sejak dipaksa untuk membaca buku (permotoran). Disebabkan itu, beliau ada titik lembut untuk setiap kereta. Walaupun meminati pemanduan yang rancak, gaya pemanduan beliau yang sebenar hanyalah santai kerana sudah dimanja oleh Lexus.